Pada Selasa lalu, S3 membuat temu janji dengan Fizo yang kini diangkat sebagai duta serta ikon Kementerian Belia dan Sukan untuk sesi foto. "Kak, boleh tak kita buat sesi foto di Putrajaya kerana sudah empat bulan saya asyik berulang alik di sini.
Saya rasa bergambar di situ sesuai dengan acara yang akan saya lakukan nanti," katanya sewaktu kami berbincang tentang lokasi. S3 tidak menolak cadangan itu kerana ia relevan dengan tugasan Fizo sebagai Duta Belia 2012 bagi mempromosi Program Himpunan Jutaan Belia bermula pada 23 hingga 27 Mei ini. Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 27, berkata, sepanjang lima hari acara berlangsung, dia akan berada di gerai nombor 10 berhadapan dengan Istana Kehakiman.
"Saya rasa bangga dan berbesar hati sebab diberi kepercayaan untuk menjadi duta belia bagi tahun ini. Lagipun program ini adalah antara 10 acara terbesar negara. ...

.jpg)




