Dira disingkirkan dari Melodi , tak beri impak kepada penonton !

on Monday, May 7, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pengacara Melodi, Dira Abu Zahar kurang memberikan impak kepada penonton dan disifatkan tidak sesuai mengendalikan program hiburan tersebut. Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, walaupun Dira banyak menunjukkan kemajuan, tetapi dia tidak mempunyai keserasian bersama gandingannya, Zizan Razak.

 "Sudah setahun dia bersama Melodi dan telah menunjukkan banyak kemajuan berbanding di awal kemunculannya.

 "Bagaimanapun, apa yang pihak kami lihat, tempat Dira bukan di Melodi, tetapi dia mungkin sesuai mengacarakan program-program berbentuk pengembaraan," katanya yang ditemui selepas rakaman siaran langsung Melodi di Sri Pentas TV3, di sini, Ahad.

 Tambah Azman, kenyataan yang diberikan itu bukan kerana ingin mengambil kesempatan terhadap Dira yang dikaitkan dengan dakwaan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur sehingga mencetuskan kontroversi pada April lalu.

 "Pihak kami bukan ingin mengambil kesempatan terhadap kelemahan Dira. Cuma apa yang dilihat, dia kurang menyerlah di Melodi dan berdasarkan rating penonton, sama ada dia ada atau tidak, ia tidak menunjukkan perbezaannya.

 "Apa-apapun, pihak kami belum membuat sebarang keputusan sama ada ingin mengekalkannya bersama Melodi ataupun tidak.

 "Biarlah kes dia selesai dahulu," ujarnya. Sejak hampir sebulan ketiadaan Dira dalam Melodi, program tersebut kerap menggandingkan Zizan bersama bekas-bekas pengacara Melodi yang antaranya seperti Wahid dan Fauziah Ahmad Daud. Malah, Awal Ashaari juga telah cuba digandingkan dengan Zizan dalam program tersebut dan pihak Melodi memutuskan untuk menggunakan khidmat Awal bermula 20 Mei ini. Mengenai kes Dira, dia juga didakwa mencederakan seorang wanita selepas berlakunya salah faham di dalam pusat hiburan terbabit.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.