BERSIH 3.0 : Sam AMK pertikai keputusan Majlis Fatwa ?

on Monday, May 7, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Angkatan Muda Keadilan (AMK) menuntut penjelasan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung keputusan jawatankuasa itu hari ini bahawa umat Islam haram menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang melanggar undang-undang.

Ketua pergerakan itu, Shamsul Iskandar Md Akin berkata Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia perlu menjelaskan kerana keputusan tersebut mungkin dibuat dengan hanya berdasarkan laporan media arus perdana. Sedangkan, perhimpunan BERSIH 3.0 – bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil – mempunyai tujuan yang baik, katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. 

“Kalau kita ambil pendekatan seperti ungkapan yang mengatakan ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’ dan ‘berkata benar walaupun pahit’, adalah wajib (sertai perhimpunan).

 “Kita mesti ada kebebasan untuk menyatakan pendirian dan pendapat dengan berani walaupun berdepan dengan risiko. Kita akan minta penjelasan daripada majlis fatwa supaya tidak dilihat fatwa ini akan memosong pemikiran orang Islam,” katanya.

 Sementara itu, pada sidang media sama, Shamsul turut menuntu penjelasan terperinci berhubung fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengenai penyertaan perhimpunan dan demonstrasi. Menurut Shamsul lagi, jika diperlukan, beliau sedia mengemukakan majlumat lanjut berhubung perhimpunan BERSIH jawatankuasa majlis fatwa memerlukannya. Jawatankuasa itu hari ini memutuskan haram bagi umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan hura-hura dan kekacauan dalam negara.

Komen GPB 

Rusuhan BERSIH 3.0  adalah tujuan baik ..hahaha..

2 wartawan dan polis  dipukul itu tujuan baik la ....hahaha ...

Kepala otak hang Sam ! Jangan kerana nak halalkan rusuhan ganas Bersih diketuai Ambiga  ini hang nak persoalkan keputusan Majlis Fatwa ...

 Ingat Majlis Fatwa ini macam AJK PAS Pusat & MPT PKR ka ?? ..BANGANG !!





2 Responses

  1. Anonymous says:

    masing2 mahukn kuasa..rakyat dan ugama di canang utk kepentingan politik..masing2 nk tegakkn benang yg bsh...pening kpala rakyat tgk..korang settle dlm ikut undang2 dan dlm parlimen sudh la...time senang dan ada kuasa bkn nk ingat rakyat..bila sampai pilihanraya baru nk ungkit tuduh sana sini.

  2. Anonymous says:

    Tu lah,memang mereka akan ajust Fatwa supaya memihak kpd mereka,mabok2 kt disko pun baik untuk riadah!kalau demo u baik mengapa x buat kt Penang,Selangor n Kelantan,katakan kpd Raayat PR menang adalah kerana pilihanraya x berseh!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.