Anwar mengamuk , cakap buang masa mahkamah saja ..

on Tuesday, May 22, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Suasana di kompleks mahkamah Jalan Duta ,Kula Lumpur biasa-biasa sahaja.Jumlah wartawan,jurugambar dan anggota polis lebih ramai dari sekitar 30 orang penyokong pembangkang. Ini bila Datuk Seri Anwar Ibrahim,Azmin Ali dan Badrul Hisham Shahrin (Chegu Bard) didakwa di mahkamah majistret di situ kerana kesalahan semasa demo bersih pada 28 April lalu.

 Ketiga-tiga mereka menghadapi dua pertuduhan - langgar perintah larangan memasuki kawasan Dataran Merdeka dan menghasut buka penghadang Dataran Merdeka yang cetuskan rempuhan. Mereka merupakan individu pertama didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman yang baru berkuatkuasa tahun ini. Ketiga-tiga mereka duduk di luar kandang kerana merupakan orang kena saman (OKS) dalam kes ini.

 Bagi pertuduhan pertama yang dibacakan berasingan, mereka didakwa menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka serta amaran supaya tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan, antara 28 April hingga 1 Mei 2012. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 2.30 dan 3 petang pada 28 April, di sepanjang Jalan Tun Perak di Kuala Lumpur.

 Dakwaan itu mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh didenda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan. Selepas pertuduhan dibacakan, Anwar berkata: "Pertuduhan politik. Saya minta dibicarakan." 

 Hakim Mahmud Abdullah membenarkan mereka diikat jamin masing-masing sebanyak RM500 dengan seorang penjamin. Terdahulu Timbalan Pendakwa raya Abdul Wahab Mohamad menawarkan ketiga-tiga orang kena saman itu diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin atas alasan bagi memastikan kehadiran mereka di mahkamah.

 "Memandangkan sekarang ini kita lihat apa yang terpapar di televisyen dan apa yang berlaku, jadi perlu jaminan supaya mereka hadir ke mahkamah," katanya. Ketua peguam bela Anwar, Karpal Singh meminta mahkamah mengenakan bon peribadi terhadap anak guamnya kerana hujah beliau, ia kes yang mudah. Seorang lagi peguam Anwar, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berhujah, berdasarkan rekod Anwar dalam kes 1998 dan 1999, beliau tidak pernah gagal menghadiri kes beliau di mahkamah.



 Bagi pertuduhan kedua, Anwar, Azmin dan Badrul Hisham atau dikenali sebagai Chegubard didakwa bersama dengan penyokong-penyokong "Gabungan Bersih dan Adil (Bersih 3.0)" yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh Kumar dan Farhan mengingkari perintah Mahkamah Majistret yang dikeluarkan pada 26 April lepas, dan keingkaran itu mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan itu. Anwar, Azmin dan Badrul Hisham didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Raja di Kuala Lumpur pukul 3 petang, 28 April lepas.

 Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Seperti diduga ketiga mereka mengaku tidak bersalah keatas dua pertuduhan itu. Semasa pertuduhan kedua dibacakan Anwar tunjuk aksi tidak hormat mahkamah.Katanya, " Saya mengaku tidak bersalah.Buang masa mahkamah saja'.

 Bagi pertuduhan pertama hakim tetapkan tarikh bicara pada 2 Julai ini. Bagi pertuduhan kedua cuma jaminan peribadi sahaja.Tarikh perbicaraan sama dengan pertuduhan pertama 2 Julai ini. Cuma apa yang agak mencuri perhatian ialah bekas Peguam Cara II ,Datuk Yusof Mohd Yusof Zainal Abidin yang menjadi pihaj pendakwa semasa kes liwat kedua Anwar dulu kini menjadi pasukan pembelanya untuk kes ini. Anwar tiba di mahkamah jam 8.55 pagi ditemani oleh isteri Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Kemudian Chegu Bard dan selepas itu baru Azmin yang diringi oleh isteri Shamsidar Taharin tiba.

 Sebelum itu semasa bersembang dengan wartawan sebelum prosiding mahkamah bermula Anwar dakwa kes dakwaan itu bermotif politik kerana pilihanraya sudah dekat. Macam biasa beliau buat muka sardin sahaja sekalipun semua orang lihat dalam video youtube beliau ada signal pada Azmin sebelum rempuhan ke Dataran Merdeka bermula pada 3 petang 28 April lalu. - 22/5/2012 AGENDA DAILY


4 Responses

  1. Anonymous says:

    hebat anwar ni, tiap tahun mesti ada kes mahkamah!

  2. Anonymous says:

    Kes liwat DIA yg ashik tunda2 sampai 3 tahun TU tak buang masa mahkamah ke !!!

  3. Harhmt says:

    sapa suruh cari penyakit mana lagi bersih kalau macam ni.

  4. Anonymous says:

    Harap tahun ni undang2 negara will be on top :)

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.