Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali yang dilihat dalam video 'main signal' antara satu sama lain sebelum rempuhan kearah Dataran Merdeka berlaku sekitar jam 3 petang semasa demo Bersih 3.0 pada 28 April lalu akan didakwa di mahkamah.
Menurut email yang diterima oleh para wartawan petang Isnin dari sumber PKR ,Azmin telah menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan.
Beliau diminta hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi esok, Selasa. Writ saman Azmin telah diterima oleh Pegawai Khas Azmin yakni Hilman Idham di ibu pejabat PKR di Tropicana dekat Petaling Jaya.
Peguam Sankara Nair yang juga seorang pemimpin PKR juga telah mengesahkan Anwar dan Azmin telah diminta hadir di mahkamah esok. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dalam satu kenyataan berkata selain Anwar dan Azmin turut sama dikehendaki ke mahkamah Selasa ialah Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin.
Menurut beliau polis telah menyempurnakan saman terhadap mereka berhubung perkara itu. "Kehadiran mereka di mahkamah itu adalah untuk menjawab tuduhan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 4 (2) (c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) iaitu menganjur atau menyertai suatu protes jalanan," katanya.
Seperti yang dilihat dalam video tersebar di youtube sejurus Anwar bagi signal tangan Azmin kelihatan seperti mematuhi isyarat itu.
Kemudian terdengar jeritan ' buka...buka" dan seorang lelaki India yang berdiri sebelah Azmin lantas membuka pagar penghadang ke Dataran Merdeka. Ini kemudian diikuti oleh rempuhan para peserta demo Bersih lain hingga polis terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan pancutan air water cannon. Menjelang demo Bersih,polis telah mendapat perintah mahkamah iystihar Dataran Merdeka kawasan larangan.
Dalam sidang akhbar sehari selepas demo Bersih,ditanya wartawan mengenai signal itu,Anwar menafikan ia arahan supaya rempuh. Dakwanya ia adalah isyarat untuk ' nego..nego' (berunding). Namun ramai orang yang melihat video di youtube mengenai insiden itu tidak percaya isyarat Anwar pada Azmin adalah tanda untuk berunding. Ini bila melihat cara reaksi Azmin angguk dan kemudian lelaki India disebelahnya terus buka pagar penghadang selepas berkata sesuatu padanya.
Lelaki India itu,seorang pemimpin PKR dari Negeri Sembilan telah ditahan reman baru-baru ini dan kemudian didakwa di mahkamah.-21/5/2012.






