“PKR sebenarnya sedang main kong kali kong dengan Pas berkenaan isu perlantikkan Yang DiPertua (YDP) baru Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Saya minta Pas sedarlah bahawa PKR dan DAP memang tidak mahu wakil Pas di Pulau Pinang.
“Cuma kerana Pilihan Raya Umum sudah semakin hampir, jadi mereka mula main tarik tali untuk membeli jiwa Pas agar penyokong Pas terus menyokong pakatan pembangkang.
“Pas juga harus sedar, yang sedang memperjuangkan jawatan tersebut untuk Datuk Salleh Man adalah UMNO. Kita yang tuntut agar janji yang dibuat oleh Anwar Ibrahim semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pasir ditepati walau kita tahu Anwar hanya pandai berjanji tapi tak reti nak tunaikan,” ujar Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengakuan silap oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman berkenaan perlantikan Abdul Malik Kassim sebagai YDP MAIPP kerana jawatan tersebut terlebih dahulu telah dijanjikan kepada Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Salleh Man.
Musa juga turut melontarkan persoalan kepada Datuk Mansor adakah Abdul Malik telah meletakkan jawatan sebagai YDP MAIPP sehinggakan mereka boleh bertindak mengemukakan pula nama Salleh Man kepada Yang diPertuan Agong.
“Mereka ini bersikap main-main dan bertindak sesuka hati dalam membuat sebarang keputusan. Ini baru berkenaan jawatan YDP. Bagaimana pula sekiranya hendak membuat keputusan yang lebih besar? Alasan satu kesilapan sama sekali tidak boleh diterima kerana sebarang keputusan bukan diputuskan di tepi jalan. Ianya telah diperbincang dan diperhalusi.
“Kenyataan sebenar dan harus diperakui oleh Pas adalah mereka sebenarnya memang tidak mahu melantik wakil Pas walaupun telah berjanji. Ini kerana Abdul Malik lebih mudah ‘dipegang tengkuk’ oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng,” terangnya kepada UMNO-Online.
Musa yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam amat berharap agar rakyat membuka mata terutamanya Pas sendiri mengenai sikap sebenar pakatan pembangkang. sekiranya dengan rakan sekutu sendiri mereka boleh perkotak-katikkan, apatahlagi nasib rakyat. Pas tegas beliau lagi harus sedar, sejak bergabung dengan pakatan pembangkang, mereka seringkali diperkuda dan dikhianati umpama bila perlu mereka dikutip, bila tidak perlu mereka dipinggirkan begitu sahaja.
“Kini menjelang PRU ke 13, Pas diperlukan untuk menambah bilangan undi. Oleh itu, mereka bertindak menyingkirkan Abdul Malik. Kononnya mereka mengotakan janji untuk melantik Salleh Man sebagai YDP MAIPP. “Ini semua adalah sandiwara politik semata –mata. Bukalah mata wahai parti Pas. Sampai bila hendak membiarkan parti mereka ini dipergunakan.
Takkanlah selepas PRU ke 13 baru mereka hendak sedar bahawa apa yang kita katakan selama ini adalah benar. Saya benar-benar simpati dengan nasib parti Pas tapi apakan daya, mereka sendiri terlalu angkuh dan sanggup membiarkan parti mereka dipergunakan semata-mata demi kuasa politik,” ujarnya lagi. – MediaUMNO.













Exco Agama Islam Selangor = PKR
Exco Agama Islam Penang = PKR
YDP MAIPP = PKR
Mana pergi maruah PAS?
BUKTI JELAS AMBIGA & BERSIH SENGAJA NAK CETUSKAN KEKACAUAN! Baca di sini...
http://apakecoh2.blogspot.com/