..

..

Waris keluarga ucap terima kasih , UMNO pertahan rumah P Ramlee

on Thursday, April 19, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments








 “Terima kasih Seniman, terima kasih UMNO  dan terima kasih kerajaan kerana sudi mempertahankan rumah warisan P Ramlee ini.

“Sesungguhnya kesudian mereka menghulurkan bantuan mengurangkan bebanan ditanggung saya selama ini,” kata menantu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Surijaninghih Bakar, 43, yang bersyukur selepas dikunjungi rombongan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Exco Pemuda Umno Malaysia, semalam dan diberikan bantuan melangsaikan tunggakan cukai pintu rumah peninggalan Seniman Agung itu di Taman Setapak Jaya.

Surijaninghih berkata, pada 11 April lalu, dia terkejut selepas menerima notis yang rumah berkenaan akan disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan kegagalannya melangsaikan tunggakan cukai pintu berjumlah RM10,151.50 melalui nama arwah suaminya, Allahyarham Nasir P Ramlee.

“Beberapa hari lalu Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail yang menyedari bebanan itu memberikan diskaun 43 peratus atau RM4,385 sebelum meminta saya melangsaikan baki RM5,766.50. Itu pun dibayar secara ansuran iaitu RM259 sebulan dalam tempoh dua tahun bermula April 2012 hingga Mac 2014,” katanya.

Menurutnya, ketika dikunjungi rombongan Pemuda Umno, dia tidak menyangka pergerakan itu bersedia melangsaikan baki hutangnya termasuk membayar bayaran cukai pintu RM216 setahun bermula tahun ini hingga selama-lamanya.




– Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO melunaskan bayaran taksiran tertunggak berjumlah RM5,766.50 kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi rumah pusaka seniman agung Tan Sri P.Ramlee yang kini didiami menantunya, Suria Bakar.

Pengerusinya, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, bayaran itu dibuat hasil sumbangan orang ramai yang diperolehi semalam setelah membaca berita mengenai masalah Suria, 43.

"Biro amat prihatin dengan apa yang menimpa waris P.Ramlee dan diharap dengan sumbangan ini rumah pusaka yang didaftarkan atas nama Ramli Bin Putih (P.Ramlee) tidak akan disita,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Suria di rumah berkenaan di Taman Setapak di sini, hari ini.

Isnin lepas, Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menyatakan cukai taksiran sebanyak RM4,385 selepas Suria, balu Nasir P. Ramlee, gagal menjelaskan tunggakan berjumlah RM10,151.50 sejak 10 tahun lepas menyebabkan rumahnya disita DBKL.

Khairun berkata, pihaknya juga berjaya mendapatkan kelulusan pentadbiran Universiti Lim Kok Wing untuk menyambung biasiswa Diploma Profesional dalam jurusan Penataan Bunyi dan Muzik untuk anak Suria, Zakaria Nasir, 21. - BERNAMA


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.