Tasha Shilla menang trofi sebab ditaja oleh VIP ??

on Wednesday, April 11, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Nampaknya cerita pasca ABPBH 2011 belum reda lagi. Ingatkan yang paling popular saja dipertikaikan , rupanya ada artis wanita yang baru pun dipersoalkan pulak .

Kemenangan Tasha Shilla yang membawa pulang Artis Baru Wanita Popular didakwa ditaja oleh VIP bagi membeli banyak borang dan SMS undi daripada peminat !!

Cerita ini macam skrip  filem Diva Popular pulak yang mana mereka sendiri beli surakhabar & sms diri sendiri.  Patut la artis favourite GPB iaitu Neelofa tak menang ... rupanya ada Sugar Daddy taja !





Ada kemenangan yang sememangnya sudah kita jangkakan namun paling mengejutkan ada pihak yang mula mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz selain menuduh Tasha Shilla yang menang kategori Artis Baru Wanita Popular sebab kononnya dia mendapat tajaan VIP untuk beli borang dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) undi daripada peminat.


SS dah dengar cerita ini pada malam itu lagi selepas semuanya selesai. Bagi SS itu semua cakap-cakap di belakang. Biasalah, dalam mana-mana anugerah pun akan ada kontroversi lebih-lebih lagi yang bercorak undian masyarakat.


Contoh terbaik pernah kita lihat sendiri program seperti Akademi Fantasia (AF) apabila pelajar yang menang pernah dikatakan sebab ada VIP dan orang kaya ‘sponsor’ undi.




Bagi SS, semua itu hanya andaian semata-mata kerana tahap apa yang lebih penting setiap undian yang masuk itu adalah menerusi borang khas dan semua kiraan undi itu diaudit oleh badan khas yang dilantik pihak penganjur.


Soal siapa yang hendak taja undi bagi mana-mana artis itu bukanlah hak SS untuk memperkatakannya kerana apa yang kita cakap itu kenalah ada bukti. Nanti silap cakap kita pula yang kena menjawab.


SS juga faham, populariti ini adalah perkara subjektif dan jangan kita ingat yang selalu keluar majalah atau akhbar itu petanda sudah cukup popular. Hai, susah juga kalau macam gini kalau keputusan tak berubah orang cakap bosan.


Kalau keputusan dah ada kejutan pun orang bercakap.


Bagi SS, semua calon yang masuk Top 5 dalam ABPBH setiap tahun adalah golongan yang sudah popular. Cuma, “Kau terlebih sikit, aku kurang sikit.” Lebih kurang begitulah maksud SS. Janganlah kita dengki-dengki sebab semuanya adalah rezeki masing-masing.


Apapun, SS nak ucap selamat maju jaya untuk Tasha Shilla dan mulai sekarang awak kenalah kerja lebih keras, OK? HMETRO 


2 Responses

  1. spartan says:

    Mmg benar kemenangn tasha shila itu di katakn rezeki dan bak kata ss x boleh menilai artis berdasarkn majalh dn surat khabar tapiii bagaimana pula jumlah 'like' facebook,follower Twitter, rating rancangan yg pnah di jayakn? dan jugak bancian pra abpbh yg pnah dibuat di beberapa website cthny rotikaya.com & gua.com..kalau diperhatikn rata2 lebih menyebelahi Neelofa dn izara aishah..boleh dikatakn perbezaan mcm langit dn bumi.tgok saja followers Twitter cthny...Neelofa- 200k plus.begitu juga najwa Latiff tp tasha shilla cuma 25k.wow byk beza tu.kalau compare ngan izara pulak rating Vanilla Coklat 4.6mil .adeke drama tasha rating cam nie? Satu lagi dia jrg bwak watak utama selain pembantu sj...tolong jawap..saya bukn mpertikai sesuka hati tp apa2 pun boleh...kalau yg menang mlm tu Neelofa,izara even najwa latiff saya rasa x kn ada pahat yg berbunyi lagi..btw saya sendiri x knal tasha shilla..hanya selepas mlm tu saya Google dn tengok pencapaianny roughly..

  2. Anonymous says:

    fuh. hari isnin 9 april tu terserempak dengan tasha ni kat pavillion, berkepit dgn seorang lelaki berusia tapi bole tahan kacak juga. yang tak tahan tu siap peluk award macam peluk baby. jadah apa bawak award ke hulu ke hilir tayang kat orang. siap datang peluk member aku cakap thanks sbb support i. erk, terkesima ok. hahahahh..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.