Surat saman Zahida Rafik telah dihantar kepada Mak Lampir d

on Friday, April 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pelakon kontroversi, Zahida Mohamed Rafik yang dituduh menerima wang sebanyak RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah menghantar surat saman kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Zahida bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai tindakan samannya itu sebaliknya menyatakan dia akan menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk menguruskan perkara tersebut.

 Zuraida sebelum ini didakwa pernah mendedahkan kepada pihak media di lobi Parlimen dengan mendakwa bekas pemandu Zahida iaitu Noor Azman Azemi telah membuat laporan polis bertarikh 13 Mac 2012 mengatakan Zahida telah menerima wang berjumlah RM1.5 juta daripada Shafie Apdal.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.