Siapakah mat salleh ini yang datang ke Kuala Lumpur ketika demo BERSIH yang mana semua perniagaan pada hari berkenaan menutup operasi ? Tak kan nak pi melancong dan shopping kot ?
Adakah mereka ini datang untuk spot check atau memantau demo bersih ? Ye la sudah labur dana mesti la datang tengok sendiri keadaannya .
Jika mereka ini wartawan asing, di mana kamera mereka?
PROLOG
Secara umumnya, rakyat Malaysia mula mengenali Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) selepas gabungan NGO tersebut mengadakan demonstrasi pada 10 November 2007. Demonstrasi tersebut berjaya mengumpulkan seramai 60,000 orang peserta demonstrasi bermula di Dataran Merdeka sehingga ke Istana Negara.
BERSIH menggunakan slogan “Gelombang Kuning yang mana ketika perhimpunan ini diadakan, semua peserta memakai pakaian berwarna kuning. Mengikut laman web BERSIH (www.bersih.org), BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya (Joint Action Committee for Electoral Reform atau JACER) pada Julai 2005.
Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia. Namun, apa yang tidak dinyatakan di laman web tersebut adalah pihak yang membantu sekretariat BERSIH ketika itu adalah National Democratic Institute (NDI).
Menurut laman web NDI; “In July 2005, NDI organized a national-level workshop for party leaders on election reform. NDI has since conducted many workshops across Malaysia to promote electoral reform in collaboration with Research for Social Advancement (REFSA), the secretariat for BERSIH. In 2006, NDI conducted a workshop for BERSIH that focused on improving the action plans of each participating organization or political party in accomplishing their objectives. In 2007, NDI and BERSIH conducted a series of workshops in the politically neglected provinces of Sabah and Sarawak to educate previously disenfranchised political aspirants”. (sumber : http://www.ndi.org/malaysia)
Bantuan NDI kepada BERSIH berterusan daripada 2005 hingga sekarang. NDI sebagai sebuah NGO dibawah National Endowment for Democracy (NED), mendapat sebanyak USD 1,248,332.00 (atau RM 4,027,419.04) dari tahun 2005 sehingga tahun lepas untuk menaja program-program NGO di Malaysia termasuk BERSIH.
BERSIH bukanlah NGO pertama di dunia mendapat tajaan NED dan NDI yang dinaungi oleh CIA untuk mengadakan tunjuk perasaan menentang kerajaan. Nicaragua merupakan negara pertama yang menjadi sasaran CIA melalui operasi PROJECT DEMOCRACY (dengan melibatkan NED dan NDI serta beberapa NGO Amerika lain). Di Nicaragua, NED menubuhkan Via Civica manakala di Venezuela, Súmate merupakan NGO yang dicipta untuk fungsi yang sama.
Baca seterusnya di sini: http://mymassa.blogspot.com/2011/06/bersih-apa-yang-anda-perlu-tahu-bhg1.html*BERSIHkan Malaysia dari PENJAJAHAN KUASA ASING!













Tu auditor nak check mcm mana dana yg telah dilaburkan kepada BABI dan BABIGA digunakan..