..

..

Shah Rukh Khan fobia guna Twitter , tutup terus akaun ..

on Monday, April 23, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




SHAH RUKH KHAN menamatkan penggunaan akaun laman sosial Twitter selepas serik dengan manipulasi di laman maya. Raja Bollywood itu mendakwa komen-komennya sering disalah anggap oleh sesetengah pihak. Menurut Digital Spy, Shah Rukh mula berasa tidak selesa dengan media baharu itu setelah ia banyak menimbulkan masalah yang lebih kompleks.

 "Saya sendiri yang berperanan penting dalam mencipta isu dan masalah. Kerana fakta itu juga saya mahu menjadi lebih 'pendiam' di Twitter," kata pelakon filem Don 2 itu.

 Menurut Shah Rukh yang hadir dalam acara Brits Bollywood pada minggu lalu, dia tidak mahu menimbulkan isu yang boleh menyakitkan hatinya kerana sering disalah erti oleh pihak media.

 "Kamu menulis sesuatu yang lama-lama mungkin menjadi berita walaupun perkara jauh daripada maksud asal saya, ia tetap menjadi isu," katanya yang menyalahkan media.


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.