Risalah Demi Rakyat Penanti, talian hayat terakhir retorik PKR ! @dzainalabidin

on Sunday, April 22, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Hari ini risalah propaganda  oleh orang kanan regim DAP iaitu  Dr Mansor telah  diedarkan di beberapa kawasan  tumpuan di Penanti . GPB dimaklumkan Taman Guar Perahu di mana terletaknya  pejabat khidmatnya  menjadi sasaran utama pasukan PKR  ala mat despatch ini .

Mungkin disebabkan rekod beliau selama 2 tahun menjadi wakil rakyat di DUN tidak memuaskan hati   pengundi di sini   selepas melihat laporan kaji selidik  yang dibuat oleh Merdeka Centre,   hari ini digerakkan risalah propagandanya iaitu Demi Rakyat Penanti   untuk menunjukkan prestasinya kepada pengundi di sini

Persoalannya  , mengapa ADUN -ADUN Pakatan yang lain tidak membuat risalah seperti ini di kawasan mereka ?  Adakah Mansor terlalu   risau beliau  akan kalah di Penanti  kerana tak selalu turun padang melihat masalah rakyat di kawasanya  ?

Tak cukup lagi ke akhbar haprak Buletin Mutiara diedarkan setiap bulan ??

Sebenarnya memang ADUN PKR    ini jarang nampak di kawasannya sendiri . Buktinya seorang nenek yang sudah tua tinggal di Kubang Ulu , Penanti tak dapat tidur lena di rumahnya kerana hadapi masalah bumbung bocor .  Beliau juga kesal dengan sikap wakil rakyat di sini termasuk Anwar Ibrahim yang tak pernah pedulikan nasib mereka setelah  menang pilihanraya .

" Apabila hendak pilihanraya  baru orang Anwar datang untuk berkempen , tetapi kesusahan rakyat di sini tak pernah diambil tahu " 


Masalah seperti bumbung rumah  bocor sejak setahun lalu dan dimasukan air setiap kali hujan , mereka tak penduli ...  Yang datang tolong ialah ORANG UMNO " 

Malah beliau juga mengaku dan kesal kerana mengundi PKR berapa kali  semasa pilihanraya .





Ini baru seorang pengundi di Permatang Pauh & Penanti yang mengaku dirinya telah   tertipu & terpukau  oleh lakonan  kalkatu Anwar Ibrahim  dan orangnya termasuk Mansor .  Bagaimana dengan pengundi yang lain di Permatang Pauh   terutama yang senasib dengan nenek Embun ini  ?  PKR mai jenguk bantu ke  ?




Kini Nenek Embun sudah boleh lena dengan nyenyak kerana orang UMNO  di bahagian Permatang Pauh juga yang  turun padang dan bantu .

Yang tak boleh tidur lena dengan puas  sekarang ini  mungkin Dr Mansor Othman . Hal ini kerana beliau tahu  ramai pengundi  di Penanti tak puas hati  perkhidmatan  beliau sebagai wakil rakyat .



** Syabas UMNO Permatang Pauh ...teruskan  berkerja & berkhidmat untuk rakyat ..
1 undi PKR dah hilang untuk Mansor & Anwar ..hahaha





Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© Generasi Pejuang Bangsa . Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.