..

..

PKR akui mereka pengemis politik di Terengganu ...haha

on Sunday, April 15, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Kepimpinan PKR Terengganu hanya mampu menerima keputusan Pas memberikan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan dua kawasan Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusinya Azan Ismail berkata, sekiranya PKR sudah dianggap sebagai pengemis, parti itu akan menerima apa sahaja keputusan berhubung jumlah kerusi untuk ditandingi.

"Kalau dia (Pas) rasa kita ni macam pengemis, kita terima sajalah apa yang dia beri. Apa kita nak kata lagi sebab dia rasa dia hebat, dia lebih kuat dari kita.

"Saya hairan kenapa kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat dan tidak oleh peringkat tertinggi parti Pas itu sendiri," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan oleh Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat Datuk Abu Bakar Chik semalam yang secara terbuka mengakui Pas Terengganu lebih kuat berbanding PKR dalam menghadapi pilihan raya umum nanti.

Sehubungan itu, Pas hanya akan membenarkan PKR meletakkan tidak lebih daripada tujuh calonnya pada pilihan raya umum nanti iaitu lima di Dun dan dua di Parlimen.

Sebelum ini, PKR Terengganu mengumumkan hasrat untuk bertanding 11 kawasan Dun dan tiga kerusi Parlimen dalam usaha pembangkang menawan negeri ini. – Bernama


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.