Perbuatan mahasewel adalah simbolik kafirkan PM & Khalid Nordin !

on Monday, April 16, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, mereka sendiri pastinya tahu apa yang dilakukan itu adalah adat bagi agama Hindu apabila berlaku kematian membabitkan penganutnya.

“Sedangkan Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi itu orang Islam. Apa ertinya jika kita panggil orang beragama Islam dengan panggilan mendiang? Simbol pengkafiran boleh berlaku sama ada secara lisan ataupun dengan isyarat,” tegasnya.




Video : Kelakuan melampau dan kurang ajar samseng yang mengaku pelajar..


Fathul Bari berkata, simbolik sedemikian sama sekali tidak boleh digunakan kerana ia melibatkan maruah agama


“Mereka mungkin tak faham hukum hakam agama, tetapi mereka tidaklah boleh menunjukkan perilaku yang tidak matang, dan menggunakan kaedah provokasi melampaui batas,” katanya.





Menurutnya, dalam memperjuangkan isu seperti PTPTN, apa yang paling wajar dilakukan ialah mengingatkan orang yang berhutang supaya membayar hutang mereka.

“Wang yang dipinjam itu hutang kerana ia duit kerajaan, yang juga duit rakyat,” katanya.

Sebagai mahasiswa yang telah menjalani proses pembelajaran di menara gading, kata Fathul Bari, mereka perlu mengelak sebarang tindakan yang berunsur provokasi untuk mencapai sesuatu matlamat kerana ia akan memberi kesan negatif kepada masyarakat, sekali gus menunjukkan imej diri mereka yang tidak matang.

“Mereka sepatutnya menggunakan kaedah berjumpa dan berbincang jika ada sesuatu perkara yang mereka mahu luahkan. Sebagai pelajar universiti, mereka harus buat keputusan dan bertindak dengan bijak,” katanya. SETERUSNYA


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.