..

..

PAS mengaku di Prmtg Pauh semalam mereka tak layak dapat YDP MAIPP ?

on Saturday, April 21, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Lagi cerita mengenai ceramah umum Pakatan semalam di Taman Cermai, Samagagah yang penuh dengan fitnah , penipuan dan pembohongan .  Blogger Pisau.net turut sama mendedahkan betapa PAS sanggup akui mereka menjadi balaci dan pencacai DAP dalam isu YDP MAIPP ini . 


Ini kerana mereka sudah mengaku   boleh menerima Malik Kassim sebagai YDP MAIPP sekaligus membuktikan parti mereka tak layak menduduki jawatan tersebut . 




Semalam ceramah umum haprak pakatan di Sama Gagah Permatang Pauh, 2 pemimpin khawarij PAS mengesahkan mereka hanyalah suruhan regim DAP.


PAS Prmtg Pauh salahkan UMNO pasal isu YDP MAIPP ...hahaha..bangang !


 Omar Hassan YDP PAS Permatang Pauh menyalahkan Umno mengenai perlantikan YDP MAIPP ucapan beliau yang tak bleh blah bila dia kata PAS boleh terima sesiapa pun sebagai YDP MAIPP hatta DAP sekali pun asalkan bukan Umno.Ketika itu bertakbir dan bersorak seluruh hadirin yang mencecah 2 ribu orang.



 Ceramah itu bersambung dengan ketua AMK Mengkarong Permatang Pauh Amir Ghazali,menarik sekali ketika itu ramai yang tak ambil perhatian sangat dengan ucapan budak suruhan Guan Eng. Kesian ,ibarat bercakap sorang sorang diatas pentas bagaikan orang gila.Pisau tak tahu nak laporkan apa yang Amir kata ,sebab tak faham sepatah haram apa yang cuba dia nak sampaikan...setakat itu saja kualiti AMK Permatang Pauh? Memalukan!

 Sebaik saja budak AMK mengkarong turun pentas,Salleh Man pula beri ucapan. Salleh yang kita semua tahu Pesuruhjaya Khawarij PAS mempertahankan pula tindakan regim DAP yang pada mulanya melantik Malik Kasim sebagai YDP MAIPP.Pelik bin ajaib,barangkali sebelum itu beliau sudah pasti diberi kata dua oleh Guan Eng agar gambarkan kepada rakyat tiada apa apa yang berlaku disebalik perlantikan Malik. Ucapan Salleh Man turut mempertahankan Malik Kasim bahawa kerusi YDP adalah jawatan tradisi kepada exco agama yang disandang oleh Malik. Bermakna Salleh Man akur dan mengakui PAS tidak layak memegang sebarang jawatan didalam regim DAP.

 Ketika itu hadirin yang mendengar senyap sunyi..dalam beberapa ketika barulah mereka bertakbir ,barangkali ketika itu otak penyokong haprak pakatan lambat memproses maklumat yang masuk kedalam otak selut mereka yang kemudiannya mentakwilkan bahawa memang pun PAS adalah suruhan DAP justeru apa masaalahnya.

 Kemudian barulah kesemua mereka mula meraban dengan menyalahkan Umno kerana mempersoalkan tindakan regim DAP melantik Malik. Adoiii! Umno juga yang dipersalahkan..

Mansor cakap Malaysia la ni mundur & ketinggalan ...


 Selepas Salleh Man,Mansor pula ambil alih pentas..korang tau tak Malaysia sekarang ini ketinggalan sejak tahun 70an, itu kata Mansor.. kesian Pisau tengok beruk beruk yang memenuhi padang ketika itu..ada yang mengaru kepala.. Sedangkan negara kita diiktiraf sebagai negara anggota OIC paling maju dan paling pesat membangun dan mendapat pujian diseluruh dunia tetapi Mansor gambarkan negara kita ketinggalan dan mundur.

Tapi Pisau tak berapa terkejut sangat dengan kata kata Mansor ,sebab memang cukup sesuai sekali untuk perbodohkan beruk pakatan yang sedia bodoh. Habis saja Mansor berucap tibalah giliran Anwar Ibrahim...tak ada yang menarik dengan ucapan orang tua meroyan ni.. mana mana dia pergi ucapan beliau seperti biasa,skrip bohong yang diulang ulang. Paling menarik dalam semua pembohongan Anwar,dia kata PTPTN harus dihapuskan,buktinya kerajaan Turki mampu buat.

Sedangkan kita semua tahu Turki pun masih tidak melaksanakan pendidikan percuma secara menyeluruh. Pondan tua ini juga menghasut agar rakyat turun membuat revolisi seperti mana berlakunya di Mesir,Tunisia dan Libya. Anwar mahukan rakyat turun merusuh beliau juga mahukan pertumpahan darah seperti mana berlakunya dinegeri Mesir dan Tunisia.

 Banyak yang diperkatakan oleh pemimpin haprak pakatan,tetapi apa yang Pisau dapat simpulkan ceramah mereka penuh dengan pembohongan,fitnah dan juga menghasut agar rakyat membenci kepada kerajaan.

sumber : Pisau.net 


One Response

  1. Anonymous says:

    tak nak lantik karpal singh atau nga kok ming ka jadi ydp ...

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.