Najib dalam ucapannya ketika melancarkan PDM Peringkat Negeri P.Pinang agak lain macam sikit gayanya. Beliau memberitahu selepas melihat riak wajah & bahasa tubuh penyokong tegar BN di dalam dewan Bukit Jawi Golf Resot membayangkan akar umbi telah menampakkan perubahan untuk berubah di negeri .
Yang beliau begitu " concern " adalah pemimpin di atas yang mana kini ramai yang merasakan diri mereka Winnable Candidate untuk bergelar calon untuk PRU 13 akan datang .Bila tak dapat jadi calon mula merajuk dan sabotaj parti . Itu yang beliau tibai secara sinis dalam ucapannya kepada pemimpin-pemimpin ini .
“Jangan bila tidak terpilih nanti merajuk, tutup bilik gerakan, tidak mahu kerja dan yang lebih buruk lagi sabotaj parti…itu tidak wajar dilakukan, kerja keras…saya pun kerja hari Sabtu macam hari biasa, tak apa asalkan kita menang besar. “Hilang rasa penat bila kita menang, oleh itu kita mesti pakejkan strategi kita untuk capai kemenangan, kita mesti terima realiti, kita mesti ada pembaharuan dalam BN di semua peringkat,” katanya.
Pemilihan Sdr Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN P.Pinang merupakan langkah yang tepat kerana di negeri ditadbir regim DAP ini memerlukan pemimpin muda BN yang dinamik & agresif untuk berdepan kaki penipu & putarbelit Guan Eng .
Najib mahu BN kembali menjadi parti bermaruah di P.Pinang
“Dalam konteks Pulau Pinang ini, kita perlu kepada pembaharuan dan sebab itulah bila saya berbincang dengan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, beliau sedar hakikat ini dan sebab itulah beliau umumkan tak akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini dan beliau beritahu akan tamatkan perkhidmatan dalam kerajaan sebab beliau tahu realitinya begitu.
“Terima kasih Koh Tsu Koon,” kata Perdana Menteri.
“Jadi kalau nak menang, buat kerja macam orang nak menang, jangan hanya cakap sahaja tetapi tak buat kerja…mesti buat kerja, mesti banyak senyum jangan nampak masam muka, tengok macam nak telan orang tapi kita nak orang sokong kita,” katanya.
Teng Chang Yeow mendapat sokongan padu pemimpin komponen



