..

..

Janda panas letak syarat untuk lelaki yang ingin memikatnya ..

on Wednesday, April 25, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment









BERTEMU dengan aktres jelita Maria Farida di lokasi penggambaran drama Cahaya Iman baru-baru ini, Maria masih kekal sama, cantik seperti dahulu. Tidak sedikit pun berubah, namun apabila memulakan bicara dan dia memberitahu bahawa dia baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-43 pada bulan lalu, ia membuat penulis terkejut.

 Ya, dia nampak sungguh muda malah, anak lelaki tunggalnya Mizan Ashley kini telah berusia 15 tahun. Sudah bergelar ibu tunggal lebih daripada sepuluh tahun, akui Maria, dia kini bersedia untuk bergelar isteri semula jika ditakdirkan bertemu dengan lelaki yang sesuai.

 "Sudah tentu lelaki penting dalam hidup saya. Saya ingin kahwin lagi serta mencari bapa yang baik untuk anak saya. "Sepanjang saya hidup sendiri, saya akui ada banyak jenis lelaki yang telah datang dan pergi dalam hidup saya, tetapi saya sukar untuk berjumpa dengan lelaki yang benar-benar ikhlas. "Saya meletakkan syarat, lelaki yang ingin menjadi suami saya bukan sahaja harus menyayangi saya, tetapi juga harus pandai mengambil hati anak lelaki saya.

 "Anak lelaki saya adalah segala-galanya bagi saya, jadi sebelum berkahwin dengan saya, lelaki itu harus menerima saya seadanya, bukan sebagai Maria Farida yang ditonton dalam kaca televisyen," tuturnya tegas.

 Disoal sudahkah hatinya dimiliki oleh mana-mana lelaki, Maria hanya melemparkan senyuman dan mengatakan selepas kontroversi yang lepas (putus cinta dengan Shahrizal), Maria enggan berkongsi lagi kisah cintanya dengan sesiapa. "Saya tidak mahu apa yang berlaku dahulu berulang kembali. Saya keluar dengan siapa dan siapa lelaki yang ada dalam hidup saya, biarlah saya simpan sendiri sahaja.

 "Cuma, jika saya berkahwin lagi, saya mahu memperlahankan kerjaya lakonan dan memberi fokus kepada keluarga," kata pelakon yang cukup terkenal menerusi lakonannya dalam filem Bisikan Cinta itu lagi. Terang Maria lagi, selepas kontroversi cintanya dengan Shahrizal, dia kini membataskan pergaulannya orang sekeliling.

 "Mungkin dahulu saya terlalu peramah dan berkawan dengan sesiapa sahaja, akhirnya saya yang terkena. Jadi, sekarang saya lebih berhati-hati dalam pergaulan. Saya datang ke lokasi untuk bekerja dan habis penggambaran terus pulang ke rumah," ujarnya yang kini tampil dengan potongan rambut paras bahu.

 Mungkin disebabkan cara penampilan serta karakter wanita kelas atasan yang sering diberikan kepada Maria membuatkan ramai yang menyangka dia sukar di dampingi lelaki dan mengamalkan gaya hidup yang mewah.


One Response

  1. Artis oh artis...

    NURUL IZZAH HINA ORANG MENINGGAL DEMI POLITIK!! Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.