Demi mahu menjadikan Dataran Merdeka yang penuh bersejarah ini seperti dataran Tahrir di Mesir , puak-puak Pakatan jelas nekad tidak mahu juga lokasi lain walaupun ditawarkan oleh DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum sedia menawarkan dua lokasi lain milik DBKL sekiranya Bersih tetap mahu mengadakan perhimpunan sedemikian di kawasan Kuala Lumpur. Dua lokasi tersebut merupakan Stadium Bolasepak Cheras atau Stadium Titiwangsa kata Datuk Bandar Kuala Lumpur,
DBKL sebelum berkata dataran Merdeka hanya digunakan hanya untuk acara peringkat nasional .
Cuma yang bangang sekali punya kenyataan oleh salah seorang orang kuat BERSIH iaitu Chegubard bahawa BERSIH mereka bukan sahaja nasional tapi internasionl kerana puluh bandar lain di seluruh dunia buat juga bersih !!!
Hahahah... nak tergela betuk aku dengan kenyataan kartun AMK ini .Sejak bila BERSIH yang diasaskan Ambiga ini buka cawangannya di negara lain ?? Ada cawangan di London atau Amerika ke ? hahahah..
Di bandar-bandar lain dalam Malaysia terutama negeri Pakatan pun tak berani buat perhimpunan , boleh cakap puluhan bandar lain di dunia buat juga .kah kah kah .....
Orang ramai digesa mengabaikan larangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya yang bebas, bersih dan adil Sabtu ini. Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, kenyataan DBKL baru-baru ini bahawa Dataran Merdeka hanya dibenarkan untuk kegunaan acara peringkat nasional adalah mengelirukan.
“Perhimpunan Bersih 3.0 bukan sahaja acara nasional tetapi juga internasional kerana turut diadakan di puluhan bandar lain di seluruh dunia dengan maksud yang sama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Badrul Hisham @ CheguBard berkata, pihaknya bersimpati dengan DBKL yang diperkuda oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional BN) untuk mereka terus kekal berkuasa. “Kami mencadangkan agar hanya ada satu Himpunan Bersih 3.0 sahaja iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan.FMT






