..

..

Betul ke ramai lelaki sanggup serah cinta kepada Fiza ?

on Monday, April 23, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




UMUM mengetahui kisah percintaan pasangan pelakon Shahrizal Jaszle dan Shahrizal Jaszle sudah berakhir sejak awal tahun. Seiring dengan itu, wujud kenyataan dari dua pelakon itu yang menyatakan punca perpisahan kerana masing-masing tidak mahu kalah dan saling menyalahi antara satu sama lain.

 Terbaru, ada dakwaan liar mengatakan salah satu punca yang menyebabkan pasangan itu berpisah apabila pelakon Fiza menjalinkan hubungan cinta dengan Shahrizal sewaktu berlakon sama dalam drama Atas Nama Cinta sekitar awal tahun lalu.




 Kemesraan ‘cinta lokasi’ itu juga mengundang rasa sebak di hati Miera yang dikatakan kerap disakiti dengan pelbagai cerita kecurangan Shahrizal dan akhirnya nekad untuk berpisah. Kebenaran cerita tersebut dirungkai Pancaindera minggu ini bagi menjelaskan kebenaran dakwaan liar berkenaan. Paparan yang diberikan bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi untuk menjelaskan duduk perkara kepada semua.


 Shah bukan cita rasa saya - Fiza 

 APA yang hebat pada wanita ini sehingga kehadirannya mampu menggoyahkan hubungan dua insan sedang berkasih? Apa jenis aura atau tangkal diguna anak kelahiran Pulau Pinang ini sehingga ramai lelaki menyerah cinta padanya dan sanggup meninggalkan teman wanita sedia ada?

 Itulah pertanyaan yang timbul apabila ada dakwaan liar mengaitkan nama dramatis ini yang dikatakan menjadi punca perpisahan Miera dan Shahrizal yang berakhir awal tahun lalu.

 Takkanlah disebabkan ‘kejayaan’ merobohkan rumahtangga bapa kepada seorang dramatis remaja pada tahun lalu terus dijadikan kayu pengukur sehingga Fiza dilabel perosak hubungan. Perkara tersebut itu lantas diajukan kepada Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau Fiza yang ternyata punya pandangan tersendiri berhubung persepsi negatif orang terhadapnya.

 “Saya bukannya jahat, suka-suka hati nak huru-harakan hubungan cinta orang lain. Saya bukan punca perpisahan mereka (Shah dan Miera). Saya memang tak ambil tahu pasal mereka, bila dan sebab mereka putus, semua saya tak ambil tahu. “Tiba-tiba orang kaitkan nama saya kononnya jatuh cinta dengan Shah masa sama-sama berlakon dalam drama Atas Nama Cinta, kami mesra semacam, semua itu mengarutlah.

Sedangkan masa di set drama itu, saya tak lepak sangat dengan pelakon, lebih selesa duduk dengan kru produksi. “Lagi pun, Shah bukan cita rasa saya, maaf cakaplah. Langsung tak ada perasaan cinta sepanjang berlakon dengan dia. Tapi boleh tanya lanjut pada Shah tentang perkara ini kalau tak percaya. Saya tak nak komen panjang,” dedahnya penuh berapi pada perbualan di petang Selasa lalu.

 Adakah dia tahu siapakah yang mendajal dan mengaitkan sejarah lampaunya dengan perkhabaran angin berkenaan, wanita ini tiada jawapan untuk persoalan tersebut. “Bukan persoalan siapa yang pedajal saya, tapi kenapa segelintir pihak masih nak terus melabel saya semua benda yang buruk-buruk.

Saya tahu masyarakat kini memang suka melabel artis itu artis ini, tapi jangan keterlaluan. “Sikap dengki, fitnah sebenarnya dah lama terjadi dalam industri ini, saya malas nak fikir sebab semua benda itu tak mendatangkan apa-apa pun.

 “Lagi pun, saya baru nak mulakan karier lakonan saya, tapi bila dah keluar cerita begini, saya takut terjejas periuk nasi saya. Sekarang ini, saya memang nak fokus pada kerja, dah tak nak cerita kontroversi. “Saya nak pastikan sentiasa ada job, nak cari duit banyak-banyak dan sumbang sesuatu buat industri. Saya nak juga media tulis cerita yang baik tentang saya, takkan cerita buruk je orang nak tahu,” kesalnya.


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.