..

..

Apa makna Najib mahu Malaysia negara Islam pertama dunia capai status maju ?

on Saturday, April 7, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Datuk Seri Najib Razak mengajak golongan agama bersamanya merealisasikan impian menjadikan Malaysia sebagai negara Islam pertama di dunia yang mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. "Saya ada satu impian... Malaysia ini negara Islam dan biarlah kita mencatat sejarah sebagai negara Islam pertama di dunia mencapai status negara maju,” kata Perdana Menteri.

Apabila kita capai tahap negara maju, golongan agama pun akan maju dan membolehkan kerajaan menyalurkan peruntukan lebih tinggi untuk terus memperkasakan serta memartabatkan agenda Islam.

 - Datuk Seri Najib Razak Beliau berkata, kemajuan ekonomi yang dicapai negara akan turut memberi faedah kepada agama Islam yang diletakkan sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan negara.

"Apabila kita capai tahap negara maju, golongan agama pun akan maju dan membolehkan kerajaan menyalurkan peruntukan lebih tinggi untuk terus memperkasakan serta memartabatkan agenda Islam," katanya pada majlis Perhimpunan Perdana Warga Agama dan Kariah Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Kira-kira 5,000 imam, ahli jawatankuasa masjid serta surau, guru agama dan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) menyertai perhimpunan itu.

Najib berkata, pada masa ini, maklum balas yang diterimanya daripada pelbagai pihak sama ada di dalam atau luar negara ialah Malaysia menjadi negara Islam contoh sama ada di kalangan umat Islam atau bukan Islam.

Beliau berkata, dua faktor utama menyebabkan persepsi umum yang positif terhadap Malaysia itu ialah agama Islam dibela di negara ini sejak ia dibentuk oleh pengasas terdahulu, terutama menyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi.

"Dengan sendirinya apabila kita membuat keputusan itu (Islam agama rasmi), maka kita dapat menepati, yakni dalam Islam tidak ada yang lebih indah, tidak ada yang lebih mulia dan tidak ada yang lebih tinggi daripada Islam itu sendiri, ini telah dapat kita lakukan untuk negara Malaysia.

"Jadi, kalau ada orang yang membawa pendapat pluralisma, maka dengan sendirinya ia bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan yang telah diperjuangkan oleh pengasas negara kita," katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan juga menjadikan agenda membangunkan ummah dan meningkatkan Islam sebagai agenda utama negara yang kini dapat diterjemahkan dalam pelbagai bentuk.

Antara kesan kepada penekanan agenda Islam di negara ini, katanya, dapat dilihat dalam pembangunan ekonomi, sosial, institusi ilmu dan politik yang menyaksikan segala pelaksanaan tidak tergelincir dari ajaran Islam.

Najib berkata, ketinggian agama Islam juga dipelihara dengan mewujudkan undang-undang tertentu untuk menjaga soal akidah umat bagi mengelak perbuatan memperkotak-katikkan akidah umat Islam sewenang-wenangnya.

"Tiada siapa boleh mempersendakan istilah Islam sekali pun kerana kita ada undang-undang tertentu (yang) mempertahankan (Islam daripada) perbuatan seperti itu... itulah perjuangan yang kita lakukan selama ini," katanya

Komen GPB 

Ini lah beza Najib dengan Anwar . Najib mempunyai impian untuk membawa Malaysia menjadi negara Islam pertama dunia menjadi negara maju & berpendapatan tinggi .

Manakala impian  Anwar pulak hanya nak menjadi PM dan  sekarang ini  menabur pelbagai janji kosong kepada rakyat untuk  mereka ke Putrajaya .

Impian Najib ini jika diperhalusi  sebenarnya beliau ingin bantu dan martabatkan syiar Islam di negara ini cukup hebat jika Malaysia sudah mencapai status maju .

Bayangkan peruntukan  oleh kerajaan  untuk hal ehwal Islam sudah tentu akan bertambah kerana pendapatan cukai negara meningkat dan sebagainya .

Tahniah PM .... Jika Melayu terus berkuasa , insyallah syiar Islam itu akan dimartabatkan !


Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.