Semalam GPB berada di Ceramah Umum & Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat Parlimen Permatang Pauh di Taman Cermai . Ia dirasmikan oleh pemimpin agung mereka iaitu DS Anwar Ibrahim yang semalam sekali membuat kejutan kepada orang UMNO dan Najib .
Kehadiran penyokong Anwar pulak seperti biasa la yang tegar terdiri khawarij PAS dan PKR . Anggaran yang hadir semalam pulak hanya 2 ribu orang .
Anwar ketika berceramah GPB lihat banyak menabur janji bulan dan bintang untuk menarik perhatian rakyat marhaen menyokong mereka di PRU 13 .
Muqadimah pertama beliau berceramah seperti biasa mencanang kehebatan dirinya dan Pakatan bahawa mereka telah bersedia mengambil alih kerajaan Pusat di PRU 13 . Najib pulak beliau akan lantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen . Ini salah satu taktik gempaq Anwar kalau balik ke Permatang Pauh.
Selepas itu , janji biasanya iaitu harga minyak akan turun dalam masa 24 jam jika Pakatan menang dan memerintah negara ini .
Cuma yang paling GPB tak tahan gelak semalam di ceramah itu , Anwar cakap bukan sahaja PTPTN dimahsuhkan ( pendidikan percuma ) di bawah kerajaan baru Pakatan , segala makan minum & rumah sewa pelajar ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan !!
Memang giler punya janji ditabur Anwar semalam untuk tarik perhatian rakyat bawahan . Semuanya free sampai rumah sewa pelajar dan makan minum pun ditanggung kerajaan . HAHAHAA...
Segalanya percuma di bawah Pakatan ...lepas ni masuk tandas pun free juga la , ditanggung kerajaan Pakatan Rakyat .hahaha
Awal ceramah Anwar ..dia marah orang UMNO dok maki dia siang dan malam ...
pecah keretanya , Nurul Izzah diganggu , Adam Adli ditumbuk ...
Mansor , Adun Penanti yang jarang nampak muka di kawasan ..orang
sakit , rumah rakyat bumbung bocor tak pi tengok ...nak tengok
muka dia di ceramah ...
kerusi di ceramah pun tak ditanggung kerajaan Pakatan Rakyat P.Pinang ..
Bagaimana nak tanggung makan minum pelajar berjumlah 1 juta di negara ini ?
duit ceramah untuk dana parti pun minta kat rakyat ..ini kan pulak
tanggung rumah sewa pelajar ??
makan dan minum di ceramah pun kena bayar sendiri ...












Boleh percaya ke si anWAR ni??...
Mgkn Anuwar ingat mcm zaman dia, bil. pelajar & penduduk msia x seramai skrg, lgpun Anuwar telah membuktikan kpd pengikut2 pelajar nya semasa di dataran baru2 ni..semua dapat..kemah, biskut2 dan paling penting cikaro2 tua utk latihan amali pelajar2 tu tentang LGBT
"kerusi di ceramah pun tak ditanggung kerajaan Pakatan Rakyat P.Pinang ?
Bagaimana nak tanggung makan minum pelajar ? "
---> hahahaha.. statement ni aku suka
Hati2 dia x janji berapa jumlah pelajar dan dari pringkat mana ke pringkat mana...kalau di sponser 10 or dua puluh orang bolehlah dia bagi sampai seluar dalam sekali....kalau sampai 1juta pelajar xmampu kot,tambah pulak kalau ditanggung dari darjah 1 sampai ijazah!lu ingat Malaysia ni kaya sangat ke,xpayah tumpu budget kepada masyarakat lain....orang lain nak makan apa? Ubi kayu pun dah mahal oi puan nuar!
gelak besar daya kalau ada yg percaya dgn ckp anwar..