..

..

Anwar arah Selangor jangan bubar DUN serentak dengan kerajaan Persekutuan ?

on Thursday, April 19, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Datuk Seri Anwar Ibrahim dakwa Barisan Nasional (BN) ada fobia hendak merampas semula Selangor.

Namun apabila beliau mencadangkan kerajaan PKR Selangor tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihanraya serentak dengan kerajaan Persekutuan, timbul persoalan, mungkin sebenarnya pembangkang yang fobia atau khuatir terlepas penguasaan terhadap negeri primadona itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dijadikan kambing hitam bagi sebagai alasan untuk penangguhan pembubaran DUN itu kerana didakwa terbabit dengan penambahan hampir setengah juta pengundi baru serta dipindahkan kawasan.

Dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Parlimen, Rabu, Anwar berkata, kerajaan Selangor disaran tidak membubarkan DUN selagi SPR tidak membersihkan daftar pemilih.

Beliau mendakwa wujud penipuan, pemindahan kawasan yang bercanggah dengan peraturan selain nama belum dikenalpasti.

Ketua Pembangkang itu,bagaimanapun berkata, saranan itu tidak membabitkan tiga lagi kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Kita sarankan supaya Selangor tidak turut serta dalam pilihan raya umum akan datang. Kita nak tunggu sehingga daftar pemilih benar-benar dibersihkan.

"Di Selangor sahaja sehingga Disember 2011 ada pertambahan (pengundi) baru sehingga setengah juta. Selain itu wujud juga penipuan oleh SPR seperti pemindahan tempat mengundi," katanya.

Menurut Anwar, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah mengambil maklum mengenai saranan berkenaan.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan daftar pemilih membabitkan tiga lagi negeri lain, Anwar berkata: "Kita tengok paling parah di Selangor mungkin kerana ada fobia nak rampas Selangor."

Sebelum ini Abdul Khalid berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan meskipun kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen lebih awal namun hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.

Manakala Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula telah menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Parlimen bagi menjimatkan peruntukan kewangan dan tenaga kerja.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula menyerahkan keputusan kepada kepimpinan parti untuk menentukannya.

Apakah dengan saranan tidak mengadakan pilihanraya DUN serentak dengan parlimen menampakkan pembangkang sudah ‘kecut’ perut atau mula bimbang Selangor dirampas semula BN?

Ambil kira penjelasan Anwar, isu babitkan hampir setengah juta pengundi itu bukanlah perkara besar.

Ini kerana ada negeri lain, bilangan pengundi baru dan dipindahkan kawasan juga meningkat.

Bahkan ada desas desus kerajaan DAP Pulau Pinang juga berusaha memindahkan pengundi dari kawasan yang mereka menang dengan majoriti besar ke kawasan lain yang ada potensi dimenangi dalam PRU akan datang.

Cara pembangkang amat jelas, jika sesuatu yang dilihat tidak memihak dan menguntungkan mereka, pasti perkara itu akan dibantah dan ada pihak dipersalahkan.

Di Selangor, pembangkang sudah lihat kebangkitan rakyat yang mula menolak PR disebabkan banyak janji-janji pada PRU ke 12 tidak ditunaikan.

Gelombang biru sudah mula melanda Selangor dan ini yang dibimbangi Anwar. Pilihan terbaik melewat-lewat pembubaran DUN Selangor agar mereka terus berkuasa.

Ikut ceritanya taktik ini kerana mengharapkan jika mereka tidak berjaya tawan Putrajaya pada PRU13 ...dapat undi simpati untuk kekal di Selangor.

Jelas menyalahkan SPR tidak wajar dan jika PR matang berpolitik, hadapilah pilihanraya dengan berani.

Jika takut dilambung ombak, Kenapa berumah di tepi pantai...dan kalau banyak janji pilihanraya lalu tidak ditunai bersedialah terima padahnya.Alasan demi alasan tidak akan akan bawa ke mana.

Ini kerana semua orang bijak menilai apa di depan mata mereka.-18/4/2012- OLEH ROSLAN BIAN


2 Responses

  1. Si Punahsihat ni takut dia dan kroni nya belum habis lagi nak kikis duit rakyat dan kekayaan dinegeri selangor sebab tu la dia tak buat pilihanraya serentak..

  2. Anonymous says:

    Perosak agama bangsa dan negara.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.