..

..

Tuntutan Dong Zhong bukti pemikiran kuat komunis masih ada !

on Thursday, March 29, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Profesor madya Mohd Ridhuan Tee Abdullah hari ini berkata tuntutan oleh kumpulan aktivis pendidikan Cina, Dong Zong merupakan tindakan "biadab" kerana cuba menjadikan Malaysia seperti negara komunis China. "Tuntutan mereka amat tidak logik dan melampau.

 Walaupun komunis telah tiada, tetapi pemikirannya masih kuat. "Tuntut sebanyak-banyaknya, mereka tahu kerajaan tidak akan tunduk. Namun kerajaan akan beri sedikit, Pemberian sedikit itulah kemenangan terbesar buat mereka," katanya dalam satu tulisan di akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Ridhuan juga berkata, kumpulan "ultra kiasu" Dong Zong itu juga tidak ikhlas untuk membawa agenda kebangsaan dalam tuntutan mereka, tetapi hanya memfokuskan kepada agenda "Cina, Cina, Cina."


Katanya lagi, Dong Zong sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan dan bukannya mengadakan "demonstrasi ultra kiasu." Tambahnya, tindakan itu sepatutnya menyebabkan kumpulan itu ditahan bawah ISA tetapi kerajaan tidak bertindak seperti itu. Keadaan itu berbeza dengan tindakan yang akan diambil kerajaan komunis China, yang menembak mati 800 orang dalam perhimpunan berdarah Tiananmen."

Lihat betapa bertuahnya negara ini, media ultra kiasu mempropagandakan isu ini tidak pernah habis dan terus memainkan sentimen perkauman. Kita terus berlembut."Jika ada pun tindakan, hanya surat tunjuk sebab dan amaran, pun tidak berani menjentiknya. Kenapa?"Nasihat saya, berilah sebanyak manapun, ultra kiasu tidak akan mengundi kita," katanya.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Mereka tahu melayu semakin lemah kerana berpecah belah...lalu mereka menangguk di air keruh...sedar lah! bangunlah ! wahai bangsa ku terutama generasi muda bangsaku...ingatlah masa depan melayu ada pada mu..Bertindak segera!

  2. KL POS says:

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

    KL POS memohon jasa baik pihak anda menyenaraikan laman kami ini di antara senarai 'BLOG PILIHAN' di blog anda mnerusi http://klpos.com/ agar info KL POS dapat dikongsi bersama pengunjung blog anda.


    Semoga kita dapat berkongsi info dan pandangan membina khas buat tatapan masyarakat Malaysia amnya.


    Sekian, Kerjasama dan info terbaik dari blog anda amat KL POS Kagumi. Terima Kasih.



    "Paparan Info Politik menjangkaui sempadan ideologi."



    KL POS Media and Services

    http://klpos.com/

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.