TERKINI ! Pharolrazi tentu kecewa keputusan Azizan kekal sebagai MB Kedah

on Monday, March 5, 2012 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan bahawa Datuk Seri Azizan Razak, akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Kedah manakala Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh perlu menerima semula jawatan EXCO.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, hari ini.

Katanya, perkara itu sebagaimana diputuskan pada mesyuarat yang berlangsung di Alor Star, Sabtu lalu.
"PAS Pusat juga akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu yang akan sama-sama bertanggungjawab membantu dan memberi pandangan kepada negeri yang diterajui PAS dan negeri yang PAS adalah sebahagian daripada pentadbiran mereka," katanya.

Hadir sama pada sidang media itu ialah dua Naib Presiden PAS iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar . BH


One Response

  1. Anonymous says:

    Pharolrazi tak menang
    Tok Jijan Tewas
    Anwar kantoi
    MENANG?... DAP dapat pecahbelahkan Melayu Pakatan.
    Padan Muka hangpa percaya sangat kat DAP Racist.

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps