Skandal pemimpin PKR terus kantoi hanya dengan kamera CCTV !

on Thursday, March 1, 2012 by Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Pihak pengurusan hotel di Pantai Balok di sini, yang menjadi lokasi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron (gambar kecil) ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan isteri orang pada Sabtu lalu, bersedia untuk menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kes berkenaan kepada pihak berkuasa.

Menurut jurucakap hotel tersebut, pihaknya tidak mempunyai masalah memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan polis sekiranya diminta berbuat demikian untuk membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu itu.

"Tiada masalah untuk menyerahkan rakaman CCTV tetapi ia perlu mengikut prosedur yang akan ditetapkan oleh pihak hotel ini.

"Sebelum ini pun, apabila berlaku kes jenayah kecurian, pihak kami akan memberi rakaman CCTV tersebut kepada polis bagi membantu siasatan.

"Tambahan pula apabila dikatakan ada kejadian membelasah pelanggan yang mencalar imej hotel ini, kita sedia bekerjasama kalau polis mahu menyiasat," kata jurucakap itu lagi ketika dihubungi semalam.KOSMO


6 Responses

  1. .Gory. says:

    Alah. Nanti senang saja dia cakap, pihak hotel konspirasi padam rakaman video. Main dengan geng ni payah. Tak ada yang salah pada dia. Maksum.

    UMNO Menindas Melayu???

  2. Anonymous says:

    Mintak pihak hotel yg gi report kt polis pasal '20 samseng' tu Klu terbukti tu cuma fitnah hrp pihak hotel saman badrolamin sbb cerita '20 samseng' tu dah jatuhkan imej hotel tu.

  3. Anonymous says:

    Salam semua;
    Swiss Garden Hotel adalah hotel 4 atau 5 bintang. Bagaimana boleh 20 orang gangster masuk kedalam hotel tanpa disedari oleh pengurusan dan pihak keselamatan hotel. Adakah pihak keselamatan hotel gagal mengenalpasti kehadiran begitu ramai gangster memasuki hotel dan naik ke tingkat dimana penghuni tinggal.
    Jika ini benar berlaku, adalah tidak selamat untuk menginap di Swiss Garden Hotel Kuantan. Pihak Swiss Garden Hotel Kuantan perlu mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara diatas terutamanya bila ada penginap hotel mendakwa dipukul oleh gangster didalam bilik hotel.

  4. Zai says:

    mana la pihak hotel tau 20 org tu genster. kalau kita tuan punya hotel pun kita tak tau, malah kita alu-alukan sesiapa saja masuk ke hotel kita sbb kita anggap mereka tu pelanggan. Lainlah kalau 20 org tu masuk dgn cara serbu dan bawa senjata. tu baru pihak hotel ada usaha nak halang. Ni mereka masuk dgn muka selamba, mcm org lain masuk nak daftar bilik.

  5. Anonymous says:

    samseng, gangster, pukul, komplot, konspirasi....this is totally bad 4 biznes + goodwill...swiss hotel perlu segera tampil, perjelas to clear their images regarding any interest of both parties...

  6. Anonymous says:

    alah kalu nak selamatkan diri mcm2 alasan la puak2 ni...diorang aje masuk syurga... rasulullah pernah mengingatkan umatnya pada akhir zaman akan wujudnya manusia yg gunakan agama untuk kepepntingan dirinya... so..pikir2 kan yeop

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps