Penulis prolifik Dr MIM dedahkan fitnah jahat AMK di demo anti Lynas !

on Thursday, March 1, 2012 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pemimpin Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri menafikan menyertai kumpulan "samseng" untuk membuat kacau dalam perhimpunan anti loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Pulau Pinang baru-baru ini.

Beliau yang juga seorang penulis blog prolifik berkata, beliau berada di sana sekadar membuat liputan sama seperti petugas media lain.

"(Ia) tidak lebih daripada itu," katanya menjawab dakwaan Pemuda PKR (AMK) yang mendakwa mempunyai bukti mengaitkannya dengan kumpulan "samseng".

"Bagi saya, tujuan jahat mereka selitkan nama saya kerana mahu kaitkan insiden tersebut dengan parti Umno. Itu sahaja."



Menolak dakwaan pembangkang, Umno dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA pada 29 Januari lalu juga menafikan penglibatan mereka dalam insiden yang menyaksikan berlalu kekecohan dan dua petugas media cedera.

Menjawab soalan Malaysiakini melalui pesanan di Facebook, Dr Novandri berkata, dakwaan AMK sekadar persepsi kerana sayap kanan PKR itu dakwa tahu beliau tidak terlibat.

"Jika mereka yakin saya terlibat, mereka akan kata saya salah seorang daripada 'samseng' itu, Tetapi mereka tidak berani kata demikian kerana saya memang tidak terlibat," katanya lagi.

Pada hari kejadian, jelas Dr Novandri, beliau juga tidak tahu Himpunan Hijau 2.0 diadakan di situ dan beliau asalnya hadir untuk membuat liputan terhadap aktiviti Pemuda Umno yang kerap berkumpul di Speaker Corner dekat Padang Kota Lama.

"Banyak video yang dimuat di dalam Youtube yang menunjukkan saya sibuk ambil foto dan video dengan tab (komputer) saya," katanya.






Komen GPB


Bodoh la   pencacai Guan Eng iaitu AMK  bikin cerita fitnah kaitkan Dr Novandri dalam insiden kekecohan di demo anti Lynas ini . 


 Bukti video yang dimuatkan di you tube  menunjukkan penulis blog tersohor di P.Pinang tidak terbabit langsung dalam kekecohan ini dan hanya membuat liputan seperti pihak media lain . 


Sampai tak ada bukti nak kaitkan pemimpin UMNO , nama penulis blog MIM ini difitnah ..


Memang Anak Muda Keliru pencacai Guan Eng   ini kaki fitnah !




Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps