GPB cuba mencari pandangan golongan muda tentang apa kata mereka tentang penganjuran BN Youth Music ini yang juga turut dihadiri PM semalam di The Curve yang dihadiri 3,000 orang .
Ternyata mereka menyambut baik program dan berpeluang menunjukkan bakat masing-masing dalam bidang muzik . Selain itu , ia juga mendekatkan pemimpin BN iaitu parti pemerintah dengan golongan muda non partisan ini .
PM pulak seperti biasa memang very sporting dengan golongan muda ... Sempoi la !!
Kalau nak pilih antara Najib dan Anwar ...sudah tentu mereka pilih Najib !!
Petaling Jaya – BN Youth Music 2011 anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) menutup tirai dengan penuh meriah dan paling manis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara santai turut meyaksikan selain menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Berlangsung di The Curve, para peserta telah berentap sejak semalam diperingkat separuh akhir dan hari ini mereka yang terpilih ke peringkat akhir mempersembahkan secara “live” hasil karya mereka yang dimuat naik menerusi Youtube sebelum ini.
Kategori band dimenangi oleh Skudap Skudip yang menerima hadiah wang tunai RM20,000, trofi dan sijil penghargaan manakala kategori vokal berkumpulan dimenangi Floorythm yang memenangi hadiah RM15,000, trofi dan sijil penghargaan.
Kategori solo dimenangi oleh Zarina Zahrain yang menerima RM10,000, trofi dan sijil penghargaan.
Juara keseluruhan yang menerima RM30,000, trofi dan sijil penghargaan diraih oleh Skudap Skudip.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin, serta Timbalannya, Datuk Razali Ibrahim serta pimpinan pemuda parti komponen BN yang lain.
Najib turut menyampaikan hadiah kepada pemenang setiap kategori yang dipertandingkan iaitu band, vokal berkumpulan dan solo.
Khairy ketika ditemui pemberita berkata Perdana Menteri amat tertarik dengan pendekatan Pemuda BN untuk mendekati golongan muda melalui muzik berbanding secara tradisi sebelum ini, iaitu melalui persatuan belia.
"Selama ini, kita hanya buat job fair dan housing expo, kita perluaskan lagi engagement itu dengan satu program yang menyentuh kepada generasi muda yang suka kepada seni," katanya.
Khairy berkata beliau berpuas hati dengan sambutan yang diberikan dan bercadang untuk memperluaskan festival itu ke seluruh negara.








