Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini mendakwa Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz (foto) kemungkinan besar akan menfailkan tindakan saman terhadap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Ustaz Dr.Badrul Amin Bahron bahawa jabatan itu (JAIP) terlibat dengan konspirasi untuk mengaibkan beliau.
Tindakan tersebut terpaksa diambil selepas mendapat nasihat daripada beberapa pihak sejak kes ini menjadi kontroversi baru-baru ini. Tindakan saman juga boleh diambil terhadap tokoh agama itu, atas tuduhan mensabotaj JAIP dan menghina sultan. Ia berikutan tindakan Dr.Badrul Amin mutakhir ini yang jelas telah mendahului siasatan, sedangkan JAIP hanya menjalankan tugas berdasarkan peruntukan dalam enakmen dan perkara itu telah mendapat perkenan oleh Sultan Pahang sendiri.
Menurut kenyataan itu lagi Timbalan Pengarah JAIP sedang membuat pertimbangan untuk menyaman Dr.Badrul Amin dan kesemua mereka yang terlibat memalukan nama jabatan terbabit. Sebelum ini PDO ada melaporkan bahawa PKR akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Pengarah JAIP berhubung kenyataannya yang dilihat meragukan dan ada usaha terancang pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin menjatuhkan nama baik Dr.Badrul dan juga parti itu (Parti Keadilan Rakyat). Tambahan pula kes itu berlaku sehari menjelang Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Feb lalu.-PDO













S0KONG JAIP AMBIL TINDAKAN SAMAN,OSTAT INI SUDAH MELAMPAU SANGAT.TAPI BERHATI-HATI BILA BERDEPAN DENGAN OSTAT NI KERANA TOK MUFTI PERLIS PUN DIA NAK PANCUNG KEPALA.
OSTAT INI,ILMU DIA TINGGI BOLEH KAH USTAZ-USTAZ KAT JAIP MENANGKIS HUJAH -HUJAH BELIAU.
SPRM JUGA PERLU LIHAT CUBAAN MERASUAH KAKITANGAN HOTEL KUT RM 3OOO.OO UNTUK MENUTUP CERITA BELIAU DI HOTEL ITU YANG BUKAN SEHARI DUA BERADA DI SITU.
DIA INI TOKOH HEBAT,OSTAT PARTI PKR, JANGAN MAIN-MAIN!!!
Amat setuju dengan tindakan yang bakal diambil oleh JAIP keatas ostat tersebut....!