Mahfuz Bean sebenarnya yang histeria sebab terkejut Shabery nak saman !

on Tuesday, March 6, 2012 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar memperli sikap Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Shabery Cheek yang didakwanya "seperti histeria" apabila kementeriannya didakwa menyediakan dana RM30 juta untuk program bekas exco Selangor Datuk Hasan Ali.

"Shabery mesti cool, jangan melenting.

"Kalau tidak nanti saya bawa Panadol ke parlimen," sindirnya yang mahu terus menunggu jawapan Shabery dalam sidang parlimen akan datang.

Mahfuz ketika membuat dakwaan itu pada 2 Mac lalu turut menuntut audit penuh dijalankan ke atas satu unit strategik di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang didakwa menyediakan dana itu.

Pada hari yang sama, Shabery dalam SMS kepada Malaysiakini menyifatkan pemimpin PAS itu berbohong, kebudak-budakan, sakit dan perlukan rawatan kaunseling.

Manakala Shabery semalam dilapor mengikut jejak NGO Jalur Tiga (JATI) pimpinan Hasan apabila berkata, beliau mungkin menyaman Mahfuz kerana mendakwa (KBS menaja 2,000 program JATI.

Katanya, sebagai anggota parlimen Mahfuz sepatutnya faham banyak proses perlu dilalui untuk mendapatkan wang sebanyak itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mahfuz berkata, menteri sepatutnya tidak mengancam untuk menyaman sebaliknya harus memberi penjelasan dan bersedia memanggil audit bebas bagi membuktikan ketelusannya.

"Kalau dia nak saman, samanlah. Carilah peguam kuat mana pun. Kita jumpa di mahkamah," kata anggota parlimen Pokok Sena itu.

Ditanya tentang tindakan Hasan yang turut mempertimbangkan untuk menyamannya, Mahfuz berkata beliau hairan dengan tindakan itu kerana beliau menyentuh peruntukan Kementerian Belia dan Sukan.

"Bukan (peruntukan) JATI," katanya lagi.


One Response

  1. Nok says:

    mahfoz ni bukan lagi perasit tetapi dah tukar jadi pelesit macam mat sebutuh...tapi dia bagus dari mat sebutuh..kerana tak panjat bini org macam badrul amin...masa kempen bukan main kutuk lagi ulamak yg tak di senanginya...seolah2 dia terlalu maksom....dia lupa bahawa dsia adalah manusia yg paling keji disisi tuhan....dgn kehendaknya kena tangkap berhalwat dgn bini org...alhamdulilah padan muka....harap2 dia kena penjara....biar dia rasa mcm mana org yg dia kutuk tu merasa......puak2 haprak ni jgn bagi peluang kalau boleh bubuh cukup2....yg aku marah sgt pukimak nik aziz tu tak mampos2 lagi....yg dendam dia kat umno tak habis2 busuk hati macam longkang....ulamak????ulamak kepala butuh....

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps