Kalau DAP jadi pilihan kawan PAS , tak mustahil Israel pun boleh kerjasama !!

on Thursday, March 1, 2012 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Ini lagi seorang Parasit terkenal dalam PAS yang sentiasa berkiblatkan DAP sebagai inpirasi dirinya . GPB tak terkejut dengan angkuh kata-kata Dr Dzulkifly ini yang sanggup minum kopi dengan kafir DAP daripada UMNO .

Jika ketua pembangkang  pun  berani  isytiharkan dirinya menyatakan   sokongan padu terhadap keselamatan negara Israel Zionis ,  ini kan pula kenyataan  seorang  MP PAS yang lebih suka  Big Brother mereka DAP.
Tak guna PAS  dok  bercakap kononnya pemimpin PAS itu berbeza  pendangan  dengan DS Anwar Ibrahim , tetapi Anwar selaku pemimpin utama pembangkang dok sokong negara Israel ,

Kalau kafir DAP   pun PAS sudah declare boleh kerjasama , tak mustahil lepas ini Israel boleh jalan sebab Anwar lah pendokong utama negara yahudi berkenaan .

Ini semua sebab PAS tak ikut apa yang Al Quran & Hadis walaupun mereka siang malam dok cakap lebih Islam dari orang lain ...

"Dan, berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. 


Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." (Ali Imran:103)

Hadis Nabi saw bermaksud: "Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)..." (Muttafak 'alaihi)



SHAH ALAM, 29 FEB: "Lebih baik saya minum kopi dengan DAP daripada minum arak dengan Umno," demikian tempelak Ahli Parlimen Kuala Selangor, YB Dr Dzulkefly Ahmad ketika menjawab soalan Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Ruslan Kassim.

Menurut Dr Dzulkefly, meskipun Umno dianggotai oleh orang-orang Melayu, tetapi parti itu mengamalkan budaya yang mampu merosakkan rakyat dan negara ini.

"Walaupun DAP dianggotai majoriti sahabat kita bangsa Cina yang bukan Islam tetapi mereka tak ajak saya edar video lucah, luluskan lesen judi, ambil rasuah, kroni, salah guna kuasa dan macam-macam lagi.

"Tetapi dengan Umno, mereka suruh edar video lucah, rasuah, galakkan rakyat main judi, samseng dan macam-macam budaya lain yang merosakkan rakyat dan negara ini.

"Jadi mana lebih baik? Saya berkawan dengan Melayu Umno atau Cina DAP?," ujar Dr Zulkefly.
Terdahulu dalam pusingan soal jawab, Ruslan Kassim telah bertanyakan kepada Dr Dzulkefly mengapa Pas memilih untuk berkerjasama dengan DAP yang majoritinya dianggotai orang Cina tetapi bukannya orang Melayu dalam Umno.


One Response

  1. Anonymous says:

    "Walaupun DAP dianggotai majoriti sahabat kita bangsa Cina yang bukan Islam tetapi mereka tak ajak saya edar video lucah, luluskan lesen judi, ambil rasuah, kroni, salah guna kuasa dan macam-macam lagi.

    heran aku betul ke fakta ni...selangor ada banyak rumah urut tu sebab PAS yang halalkan ke???arak dekat selangor tu sebab PAS halalkan ke??

    kroni lge kat penang tu sebab PAS halalkan ke? masalah tanah kat penang sebab pas halalkan ke?

    so what is the point electing you guys????

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps