..

..

Harga minyak : Malaysia kekal harga, di Indonesia dah berlaku rusuhan !

on Wednesday, March 28, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur Harga petrol RON95 kekal RM1.90 seliter walaupun berlaku kenaikan harga bahan bakar itu di pasaran global melambung ketika ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga itu dapat dikekalkan selepas kerajaan menambah subsidi sebanyak 10 sen bagi bulan ini iaitu kepada RM1.03 seliter.

"Langkah ini perlu bagi memastikan rakyat tidak dibebani kesan sampingan berikutan kenaikan harga minyak global.

"Kerajaan masih mengekalkan subsidi itu kerana kita tahu kalau tidak dikekalkan, harga barangan lain termasuk yang tidak ada kaitan dengan minyak akan naik sebab apabila kos pengangkutan meningkat, ia akan dimasukkan dalam harga barangan," katanya.

Anwar Ibrahim sebelum ini di ceramahnya berjanji jika beliau menjadi PM , harga minyak akan diturunkannya sebanyak RM 1 . Nampak jelas Anwar hanya pandai menabur janji walhal harga minya di pasaran dunia sedang naik mendadak . Kalau 10sen ditambah ketika ini untuk kekalkan harga, bagaimana pulak nak turunkan harga minyak sebanyak RM 1 ?

Lihat la di negara jiran kita , Indonesia di mana sekarang ini berlaku rusuhan jalanan oleh penunjuk perasaan yang membantah kenaikan harga minya yang akan dibuat oleh kerajaan Indonesia .

Di Malaysia pulak langsung tiada demontrasi seperti ini disebabkan kerajaan BN sentiasa prihatin dengan beban yang ditanggung rakyat jika dinaikkan harga minyak ini . Itu yang ditambah subsidi lagi sebanyak 10 sen .


Tahniah kerajaan BN !! 


RAKYAT DIDAHULUKAN !!






2 Responses

  1. Hello,
    Anda boleh menukar pautan blog saya?
    http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
    Berterima kasih banyak

    Alisha

  2. Anonymous says:

    smentara nak pilihanraya boleh lah.. trick

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.