Dr Dzulkifli sound Pemuda PAS jangan jumud & beku !

on Friday, March 2, 2012 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Dr Dzulkefly Ahmad tidak akan menarik balik kenyataan berhubung kemungkinan parti itu melantik Timbalan Presiden dari kalangan bukan Islam yang mencetuskan kontrovesi.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu menjelaskan beliau melontarkan kemungkinan itu dalam rangka masa depan dan di atas keperluan Pas di susun atur mengikut fatrah (fasa) perjuangan.

"Di sini kita tidak perlu jumud dan beku kerana saya bercakap dengan rangka masa depan. Dulu kita tidak ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tetapi kini sudah ada.

Saya boleh bayangkan satu hari nanti kalau ia membesar sehingga akan berlaku pindaan perlembagaan PAS yang mencadangkan supaya Ketua Dewan dijadikan salah seorang Naib Presiden, satu unjuran yang amat menasabah." kata Zulkefly.KLIK DI SINI 


Komen GPB 

PAS masa depan nampaknya akan menjadi parti multiracial seperti PKR & DAP    sebab bukan Islam pun boleh duduki kerusi Timbalan Presiden nanti . Ini merupakan kerangka masa depan parti mereka yang disebut oleh Dr Dzulkifli Ahmad .

Kalau dah jadi parti berbilang kaum , lebih baik buang sahaja perkataan Islam kerana jelas ia tidak menggambarkan semua ahlinya beragaman Islam .


One Response

  1. Anonymous says:

    Ni lah yang peribahasa melayu mengatakan,CERDIK TAK BOLEH DIIKUT,BODOH TAK BOLEH DIAJAR....

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps