Benarkah Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Salleh Man akan keluar parti dalam waktu terdekat? Adun Permatang Pasir itu juga dikatakan akan membuat kejutan pada ceramah Hassan Ali di Permatang Pasir pada 7 April nanti.
Menurut laporan sebuah blog, kamisedia.blogspot.com, Ustaz Salleh Man berasa tertekan kerana PAS dalam kerajaan Pulau Pinang seumpama melukut ditepi gantang apabila selalu disisihkan dalam membuat sebarang keputusan berkenaan dengan hal ehwal Agama Islam.
Salleh juga didakwa kurang selesa dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan oleh ahli PAS sendiri yang mahukan wakil mereka menjawat jawatan penting didalam kepimpinan negeri.
Salleh Man gelak ketawa bersama pemimpin UMNO Prmtg Pauh ..
Selain itu, blog terbabit juga mendedahkan bahawa pemimpin utama PAS negeri tersebut tidak dapat menerima jika DAP mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.
Blog terbabit juga mendedahkan gambar pertemuan Salleh Man bersama dengan penyelaras BN Dun Permatang Pasir, Tuan Haji Rahim Man dan juga Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Saudara Zaidi.
Tahun lepas, negara dikejutkan dengan pendedahan bekas Pengarah Strategik pilihanraya DAP yang membongkarkan usaha parti tersebut yang didakwa mahu kristian dijadikan agama rasmi negara.
Berikutan pendedahan tersebut, beliau mendapat pelbagai ugutan dari bekas partinya.- UTARA NEWS
Komen GPB
Juak-juak pencacai PAS Prmtg Pauh cakap UMNO zalim tapi mereka tak tau YB mereka boleh duduk semeja dengan pemimpin lawan.
Heboh di Permatang Pauh diperkatakan Mat Sabu bakal menjadi calon PAS di Permatang Pasir dan Salleh Man akan diketepikan . Kita tunggu kejutan pada 7 April ini .














Bagusle kalau gitu ustaz,
apa diharap dengan prinsip perjuangan PAS,ibarat memagar kelapa condong,Buahnya jatuh ke laman orang.