TERKINI ! Ostat Badrul Amin dakwa tangkapan khalwat adalah perangkap !

on Sunday, February 26, 2012 by Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon.

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian. Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron


Komen GPB

Bila kena tangkap macam-macam la alasan keluar ...standard macam alasan pasangan2 yang ditangkap Jabatan Agama yang selalu kita baca di Harian Metro dan sebagainya .

Mengapa beliau berada di dalam bilik bersama isteri orang di awal pagi yang boleh mendatangkan fitnah ? Kalau nak tolong dapatkan bilik pun pergi di lobby dan dapatkan kunci bilik untuknya  cukup la .

Adakah Badrul Amin nak salahkan suami beliau ??/


6 Responses

  1. nonbal says:

    DALAM SOAL NI, SUAMI WANITA ITU YANG BERSALAH KERANA TELAH MELAPORKAN KES INI KPD JAIP. KENAPA TERGAMAK SISUAMI TU SEDANGKAN OSTAD BADROL BEGITU BERSUSAH PAYAH MENTARBIAHKAN ISTERINYA. TENTANG WAKTU PUKUL TIGA PAGI TIDAK TIMBUL SEBARANG M'ALAH KERANA MEMANG SEORANG OSTAD BERQIAMULLAIL PADA WAKTU TERSEBUT, TETAPI CUMA KIAMULLAILNYA DENGAN MEMBERI KAUNSELING KPD SEORANG WANITA, ITUPUN SALAH?

  2. Anonymous says:

    ha ha alasan bodoh ada ke dia dikurung di bilik hotel,adake samseng tunggu kat luar bilik? awat hang tak call bini hang or geng Pakatan Rosak hang? Ustaz PENIPU mendapat balasan ALLAH didunia ...PADAN MUKA.Ustaz PARAOK Pendatang ni.

    Khalid Tak Gagap

  3. Anonymous says:

    Biasa la.. Sapa nk mgaku bersalah.. Ayat standard org kna tngkap basah...

  4. Anonymous says:

    nonbal says: <-- pencacai.. tarbiah apa kejadahnya bukan muhrim dgn bini org dlm bilik kol 3 pagi? hang ada bini or adik pompuan? meh sini aku tlg tarbiah kol 3 pagi dlm bilik hotel...

  5. Anonymous says:

    Asalamualaikum...
    Bismillahi Rahmani Rahim.

    Pada pandangan saya adalah tidak wajar bagi kita fitnah memfitnahi sesama kita kerana pada masa itu kita tidak berada bersama dengan mereka. Sekiranya kita hanya membaca berita melalui akhbar sahaja adalah tidak wajar bagi kita meletakkan satu hukum keatas mereka. Sebaliknya adalah lebih baik kita tunggu sehingga perbicaraan berlangsung dan menunggu keputusan mahkamah baharulah kita maklum. Yang dituduh berugama ISLAM yang memberi komen pun saya harap berugama ISLAM juga oleh itu biarlah mereka diadili dengan seadil2NYA dan peranan kita adalah memohon kehadirat ALLAH supaya tidak berlaku sedemikian rupa kepada kita pula. Saya kuatir apabila kita terlajak kata maka sesungguhnya perkara yang sedemikian rupa akan terkena kepada diri kita pula. Oleh itu janganlah kita berbalah2 diantara kita sesama kita kita. Dunia telah akhir zaman. Imam Mahadi telah pun lahir begitu juga Nabi Isa telah pun lahir hanya kita mohon supaya mereka menonjolkan diriNYA sahaja sebab janji tuhan itu pasti "Apabila dunia ini telah di penuhi dengan FITNAH DAJJAL (WANG RINGGIT bermata satu iaitu KUASA)dan KEBENARAN TELAH LUPUT DI JIWA SESEORANG DAN SAKSI PALSU BERLELUASA" maka muncullah seseorang yang akn membawa PANJI HITAM dari TIMUR dari bani TAMIM (TA=TANAH MIM-MELAYU)maka apabila munculNYA oarang ini maka hendaklah kamu BERBAIAH denganNYA walaupun terpaksa merangkak di dalam kesukaran. Saudara-saudaraKU saya bukanlah ustaz atau yang seumpama dengaNYA akan tetapi saya seorang yang GILA yang asyik memikirkan keselamatan orang-orang MUSLIM dan MUKMIN. Oleh itu maafkanlah saya sekiraNYA komentar saya ini menyinggung perasaan sesiapa sahaja yang membacaNYA.

    SEKIAN.

    Wasalam....

  6. nvbv says:

    ingat fitnah lebih dahsyat....

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps