Skandal Bayan Mutiara: Guan Eng jawab isu , jangan cakap berbelit !

on Tuesday, February 28, 2012 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang nampaknya terus berdolak-dalik apabila diminta penjelasan berkaitan pelbagai isu yang berbangkit sejak kebelakangan ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir mempersoalkan ketelusan dan kebertanggungawabannya selaku pemimpin yang diberi mandat untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan negeri tersebut.

“Kalau Pulau Pinang pun tak boleh nak jaga macam mana pula mimpi mereka nak tawan kerajaan pusat maka bayangkanlah apa yang akan terjadi… hancur,” katanya kepada UMNO-Online.

Sehingga kini, Guan Eng gagal memberikan jawapan yang bernas atau menerangkan hal sebenar berkaitan isu penjualan aset rakyat negeri Pulau Pinang iaitu tanah di Bayan Mutiara yang mencecah nilai RM10 billion.

Ia melibatkan penjualan 103 ekar tanah tersebut kepada Ivory dengan nilai RM1.1 bilion iaitu nilai jualan yang cukup kontroversi kerana ia dijual RM240 kaki persegi sedangkan tanah tersebut sangat strategik kedudukannya iaitu berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

“Kita tak mahu buat tuduhan melulu tapi apabila kita minta penjelasan berilah penerangan dengan terperinci tanpa bersikap dolak-dalik. Persoalannya cukup mudah iaitu bagaimana penjualan dilakukan sama ada melalui runding cara atau melalui tender terbuka tapi itu pun gagal dimaklumkan kepada kita,” bidasnya.

Tegas beliau, isu sekarang bukanlah berkaitan soal letak jawatan atau tuding jari pada pihak lain tetapi berilah penjelasan apa sebenarnya yang berlaku kerana rakyat mahu tahu.

“Jika Guan Eng sebagai Ketua Menteri masih terus main tarik tali bermakna ada perkara yang tak kena yang cuba disembunyikan oleh dia daripada pengetahuan umum. Ini sudah tidak betul.”

Dalam hal ini, Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam turut mengaitkan dengan slogan pentadbiran kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) tetapi malangnya ia tidak dipraktikkan.

“Nama saja slogan tapi langsung tak buat, mana ketelusan kalau diminta penjelasan pun gagal, apatah lagi untuk dinilai pada kecekapan dan kebertanggungjawaban yang mereka pikul sebagai pemimpin,” katanya.




Ujar beliau lagi, tak perlulah DAP dan pentadbiran Guan Eng mahu menjawab isu lain berkaitan Pulau Pinang tetapi jelaskan dahulu persoalan berkaitan penjualan tanah terbabit dan juga satu lagi isu yang merendahkan rakyat Pulau Pinang iaitu pelantikan perunding asing untuk membuat perumahan awam.

“Tak payahlah nak sebut hal-hal lain yang lagi remeh tapi berdepanlah dulu dengan dua isu ini sedangkan sebelum menang pilihan raya dulu macam-macam tuduhan dilemparkan pada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan tapi hari ini telah terbukti bahawa mereka hanya pandai bercakap.

“Banyak janji-janji mereka yang ditaburkan semasa pilihan raya dulu tak ditunaikan dan lain pula yang dibuat. Kerajaan begini mahu mentadbir negara?” - MediaUMNO


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps