Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, berdasarkan maklumat daripada laman web pemilik tanah berkenaan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), tarikh tutup tender adalah 31 Disember 2010.
Bagaimanapun, tegasnya, menerusi laporan syarikat swasta yang berjaya memperoleh tender itu kepada Bursa Malaysia, permohonan untuk membeli serta membangunkan tanah tersebut hanya dibuat kepada PDC pada 3 Mac 2011, manakala surat persetujuan diterima 25 Julai tahun yang sama.
"Terlalu banyak perkara yang menimbulkan kekeliruan dan kesangsian besar di kalangan rakyat.
Ini yang tidak dijawab oleh Guan Eng dalam 2 kali jawapannya mengenai tender terbuka ala CAT nya dalam isu skandal tanah Bayan Mutiara.
Ramai tertanya-tanya kenapa Lim Guan Eng memilih Ivory berbanding SP Setia. KLIK SINI
Mengapa Ivory diberi keistimewaan untuk bayar RM 1.1 Billion ini secara ansuran ?? Apa yang special sangat Ivory ini ? ...
Something Must Really Going On ....Rahsia CAT Guan Eng dah tak boleh tutup lagi ..
Pendedahan Blog EP mungkin boleh menjawab persoalan ini kenapa Ivory menjadi kegemaran kerajaan DAP .
Seperti yang kita tahu saham SP Setia dibeli oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) , iaitu syarikat kerajaan yang menyelia lebih dari RM 190 billion aset luar dan dalam negara . Jelas sekali sekiranya SP Setia berjaya dalam pembangunan projek Bayan Mutiara , 'cashflow' bukan lah satu masalah ! SP Setia dgn Parental Guarantee drpd PNB (Jumlah Asset RM 190B) tidak mempunyai masaalah utk membayar cash RM 1.1 B dan bangunkan sehingga nilai GDV (Gross Development Value) mencapai RM 10 B
Apa yang menjadi persoalan ialah mengapa Ivory diberi kelonggaran utk membayar secara ansuran ? Kenapa kerajaan Pulau Pinang mengambil risiko ini ? Dari segi kewangan SP Setia adalah lebih kukuh dari Ivory Tower , kenapa kerajaan Lim Guan Eng berani memberi kontrak pada syarikat yang kewangannya kurang kukuh berbanding pesaing ? Adakah hanya kerana semata-mata harga tawaran tanah adalah lebih tinggi?
Katakan korang nak buat sebijik rumah , nak pilih kontraktor yang kita tau ada duit ka atau kontraktor yang tak berapa nak ada duit ? Silap haribulan rumah tak siap , duit pun melayang !
*Terima kasih kepada En. Fuad Omar yang memberi info. Analisis maklumat adalah berdasarkan pengalaman beliau selama 30 tahun sebagai seorang jurutera yang terlibat dalam pengurusan projek dan tender. BEDAMAN








