..

..

PRU 13 lambat lagi jika tarikh ini dijadikan hint ......

on Saturday, February 25, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sebelum ini ramai yang tertunggu-tunggu bilakah tarikh bermulanya mesyuarat UMNO cawangan di seluruh negara...begitu juga tarikh mesyuarat UMNO Bahagian.Kelewatan kali ini UMNO mengumumkan tarikh berkenaan mencetuskan berbagai teka teki tentang bila pilihanraya umum ke 13 bakal diadakan.

Ada yang cakap UMNO mesti 'tune' tarikh itu untuk 'slot in' pilihanraya.

Bagi tukang tilik dan ahli nujum ini dia tarikh yang dinanti-nantikan itu.

Apa yang jelas tarikh berkenaan tidak lari jauh dari tarikh mesyuarat tahun-tahun sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan tarikh berkenaan dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC Khamis malam.

Katanya mesyuarat tahunan cawangan akan berlangsung pada 1 April hingga 15 Jun ini manakala mesyuarat perwakilan bahagian pula dari 1 Julai hingga 15 September ini.

Kalau begitu tarikhnya apakah mungkin antara sekarang hingga 1 April pilihanraya umum boleh diadakan.

Jaraknya cuma sebulan sahaja.Rasa-rasanya tidak kot.

Jadi kalau nak buat spekulasi eloklah selepas 15 September.

Namun jangan lupa lepas itu puasa dan Hari Raya Aidilfitri.

Kemudiannya Perhimpunan Agung UMNO pula.Tarikhnya belum ditetapkan lagi.

Biasanya Perhimpunan Agung UMNO diadakan bulan Oktober atau November.

Lojik akal mengatakan tidak mungkin dicelah-celah kesibukan mesyuarat cawangan dan bahagian UMNO di seluruh negara...pilihanraya nak diadakan.

Ambil kira faktor ini semua...nampak macam PRU 13 hujung tahun atau awal tahun depan.

Sementara itu dalam sidang akhbarnya Najib juga umum UMNO akan mengadakan sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-66 di Stadium Merdeka pada 11 Mei depan.

"Sambutan kali ini agak berbeza dan dijangka disambut dengan lebih meriah," kata presiden parti itu.

Beliau berkata maklumat lanjut aturcara sambutan akan diumumkan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga pengerusi sambutan itu.

Perdana Menteri juga memberitahu jumlah terkini pertambahan keanggotaan UMNO ialah 113,116 setakat 31 Dis 2011.

Dengan pertambahan itu, jumlah keseluruhan anggota UMNO sehingga kini ialah 3,335,878 ahli.- 23/2/2012 - AGENDA DAILY .



** Lambat lagi nampaknya PRU 13 ...


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.