Projek rumah kerajaan DAP terlampau canggih hingga terpaksa import syarikat Singapura ?

on Friday, February 17, 2012 by Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Syarikat perunding di negara ini tak layak untuk projek mega  perumahan awam kerajaan regim DAP !

 GUAN ENG  HANYA IKTIRAF   SYARIKAT  SINGAPURA SAHAJA LAYAK  UNTUK PROJEK KERAJAAN PP !!

Itu lah stail CAT kerajaan Guan Eng yang lebih mengutamakan syarikat dari negara idaman DAP   iaitu Singapura .

Mereka seperti menganggap syarikat perunding  tempatan tak kira milik Melayu , Cina atau India ini BODOH  dan  tak boleh buat kerja  di negeri yang diperintah  DAP  .

Atau pun  syarikat dari Singapura  terbabit  ini   merupakan kroni DAP ?




Majlis Belia Selangor hari ini turut terpanggil untuk menyatakan kekesalan terhadap tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP berhubung perlantikan sebuah syarikat Singapura, Surbana Corp Pte Ltd untuk menjadi juru perunding bagi projek perumahan awam di negeri itu.


Perkara itu disuarakan Timbalan Presidennya, Badrolhisham Hj Badrudin yang turut terkejut dengan dakwaan berkenaan yang disifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak kena dan bertentangan dengan prinsip ketelusan yang kononnya diwar-warkan oleh Lim Guan Eng.


Menurutnya beliau turut terpanggil untuk sama-sama mengetahui apakah benar atau tidak dakwaan berkenaan kerana pendedahan oleh Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman itu cukup mengejutkan umum hinggakan projek perumahan kos rendah melibatkan agensi perunding luar negara.


“Sudah tentunya jika benar apa yang didakwa, akan berlaku pengaliran tunai ke luar negara selain faktor ekonomi lain termasuk tenaga kerja dan sebagainya. Apakah kelayakan yang dietapkan oleh kerajaan negeri hinggakan tidak ada satu syarikat perunding dalam negara yang layak untuk projek perumahan tersebut.


“Apakah canggihnya perumahan berkenaan hinggakan Guan Eng terpaksa mengimport syarikat juru perunding daripada negara jiran. Apakah kita kekurangan syarikat juru perunding. Jadi kepada Guan Eng, silalah berikan penjelasan lanjut benar atau tidak persoalan tersebut.


“Kami pun turut khuatir dan bimbang, sekiranya rakan sekutu DAP yang memerintah Selangor hari ini akan turut mengambil dan mengikut jejak langkah yang sama kelak. Harap-harap perkara berkenaan tidak akan berlaku di negeri ini kerana ianya satu penghinaan kepada kepakaran anak-anak tempatan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.


UMNO Pulau Pinang sebelum ini mempersoalkan tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP melantik sebuah syarikat Singapura, Surbana Corp Pte Ltd untuk menjadi juru perunding bagi projek perumahan awam di negeri itu.


Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata tindakan kerajaan DAP itu bukan saja mengecewakan malah merupakan satu penghinaan kepada syarikat perunding tempatan khususnya di negeri itu.


Badrolhisham seterusnya menegaskan jika Guan Eng mengamalkan apa yang diwar-warkannya iaitu soal ketelusan dan berprinsip, dakwaan berkenaan tidak akan berlaku.


“Lagi pun soal ketirisan tidak akan menjadi bualan umum dan inilah yang kita tidak mahu. Bila bercakap soal ketirisan bukan main tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa pun kita tunggu reaksi seterusnya daripada Ketua Menteri Pulau Pinang dalam soal ini.


“Biarkan beliau memberikan penjelasan lebih lanjut. Mungkin Guan Eng ada alasan dan justifikasi mereka sendiri dan mungkin perumahan berkenaan cukup canggih dan maju hingga terpaska menggunakan kepakaran daripada luar. “ katanya. -MediaUMNO


2 Responses

  1. Perunding tempatan tak layak ke? Mengapa perlu bagi duit kat negara asing? macam ni ke cara Guan Eng nak majukan ekonomi tempatan?

    PUSAT KHIDMAT NURUL IZZAH SEKADAR HIASAN SEMATA-MATA!! Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

  2. Anonymous says:

    Bukannnn...klu amik yg dlm negara punya, satu ari nanti bila ada ape2hal..diaorg akn pecah lobang.!

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps