Video ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berdurasi 7 minit 48 saat (di atas) yang disifatkan menyokong konsep sebuah ‘Negara Israel’ mula tersebar di internet sejak semalam.
“Saya mewakili pendapat ‘two states solution’ (solusi dua negara) bagi (menyelesaikan) konflik Palestin dan Israel” kata Anwar di Woodrow Wilson International Center (WWIC), Washington DC, pada 24 Jun 2010.
‘Two States Solution’ atau ‘Solusi Dua Negara’ adalah idea yang dilobi oleh badan antarabangsa yang berpengkalan di Brussels, dan Washington DC dinamakan International Crisis Group (ICG).
Dalam mesyuarat ICG yang diadakan di Vancouver, Mac 2007, yang turut dihadiri Anwar(lihat juga bukti video di sebelah kanan), badan itu mengesyorkan idea ‘two-state solution’ sebagai penyelesaian ‘terbaik’ konflik Palestin-Israel.
‘Two-state solution’ bermakna mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka, tetapi dalam masa sama Israel juga turut diiktiraf sebagai sebuah Negara Sah.
Menurut sourcewatch, ICG ditaja oleh yayasan-yayasan dana pro-Israel, termasuk Open Society Institute (OSI), kepunyaan penyangak matawang berbangsa Yahudi, George Soros.
Soros juga merupakan salah seorang ‘Executive Committee’ dan ‘U.S. Board Members’ ICG.
Anwar Ibrahim juga turut dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG, yang dilantik sekitar Jun 2006, ketika beliau menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony’s College, Oxford, UK, sebuah institusi yang disebut-sebut di bawah kawalan Chris Pattern, kroni Soros. AIDC
Komen GPB
Puak2 pencacai PKR dan Anwar di facebook dang blog tentu bengang gila bila pemimpin agung mereka ini buat hal lagi . Selepas bertahan dengan kenyataan Anwar dalam isu artikel WSJ dan juga menyerang Tun Dr Mahathir kononnya bersubahat dengan Yahudi , GPB yakin mereka akan terus mati akal untuk jawab dalam isu video Anwar di WWIC , US ini yang terang-terang sokong penubuhan negara Israel .
Video ini adalah benar dan jangan pulak nafi itu bukan Anwar yang sedang bercakap di Woodrow Wilson Centre.
Puak -puak PAS kalau sokong Anwar lagi bermakna tumpang sekaki lah menyokong penubuhan Negara Israel YANG DILAKNAT ALLAH ITU !!!













isk isk isk isk.. apa nak jadi dgn anwar ni.. bawak la bertaubat dan bermuhasabah diri.. rumah pangil pi kuboq pangil mai dah.. sudah sudah la tu dgn dok pegang teloq yahudi.. dulu kemain lg kata kerajaan sokong apco la apa la.. lani dia plak sokong israel.. bawak2 la bertaubat sebelum terlambat.. ada baiknya duduk rumah jaga cucu anwar ibrahim ni..
Aryan Brotherhood