Skandal Penang Gates terus menjadi heavywieht issue di P.Pinang sekarang ini. Pertempuran terhebat tahun ini yang mana UMNO P.Pinang bongkarkan skandal runding terus penjualan tanah Bayan Mutiara kerajaan regim DAP sudah memeningkan kepala Guan Eng.
Bila didesak & dicabar menjawab beberapa soalan oleh Pemuda UMNO serta UMNO Negeri , Guan Eng tidak menjawab sebaliknya berdolak dalik memberi jawapan politik seperti di atas menuduh ini temberang UMNO.
Temberang kat mana ??? Datuk Zainal sudah mendedahkan bukti melalui surat pemohonan ke Bursa Saham bahawa penjualan tanah ini melalui runding terus .
Siapa sebenarnya yang temberang ? Guan Eng yang tak jawab soalan atau Datuk Zainal yang mendedahkan bukti !





