Pakar Nuklear DAP sahkan nak bikin Himpunan Hijau 3.0 untuk ugut Najib !

on Tuesday, February 28, 2012 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Penganjur Himpunan Hijau 2.0, yang membantah projek nadir bumi Lynas, menegaskan pihaknya sudah memutuskan untuk mengadakan perhimpunan susulan ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengatakan bahawa operasi loji itu akan diteruskan.

"Akhirnya, kami menerima respons pertama daripada Perdana Menteri kita. Kami rasa bersemangat (dengan kenyataan beliau), tetapi malangnya, jawapan itu tidak seperti yang kami telah harapkan.

"Oleh itu, kami mengesahkan bahawa Himpunan Hijau 3.0 akan diteruskan," kata Pengerusi Himpunan Hujan 2.0, Wong Tack dalam satu kenyataan hari ini.

Himpunan Hijau 2.0 telah diadakan di padang MPK4, Kuantan semalam.

Dalam reaksi semalam, Najib berkata kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.

Perdana Menteri berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan.

Katanya, kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat.

"Dan kita tidak akan beri 'lesen operasi' melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat," katanya.

Perdana Menteri berkata pembangkang sengaja mengunakan isu sedemikian untuk menyerang kerajaan dan mendapatkan sokongan rakyat.

Semalam, penganjur memberi 24 jam kepada kerajaan pusat dan negeri akan mengambil pendirian membatalkan projek tersebut.


3 Responses

  1. CIFUT says:

    Masyarakan tempatan dah ok dah... korang org2 luar je yg masih menyalak2 lagi.

  2. Anonymous says:

    gila heran pasal lynas siap buat demo, tu rasuah pasir kat selangor buat bodo je? kes spice kat penang kes tanah yang ivory beli murah lah sangat tu tak nak buat demo ker?

    ke nak bagi alasan yang lynas ni lagi penting? tpai yang heran yang datang beramai2 tu orang mana?


    kerana kejahilan anda, pelaburan besar yang patut masuk setelah lynas lenyap begitu sahaja, taniah orang kuantan...orang nak membangun mereka nak mengundur...patutnya kalau secara rasional wakil penduduk minta lah jawankuasa pemantaun di wujudkan dalam jawankuasa tu letak wakil penduduk AKU UALNG BALIK WAKIL PENDUDUK BUKAN WAKIL RAKYAT PAKATAN HARAM YANG KAWASAN SENDIRI TAK JAGA SIBUK2 MASUK KAWASAN ORANG LAIN AMBIL BERAT...

  3. Anonymous says:

    memang sah ini agenda politik,aku malas layan,dia orang ni entah tau ke tidak apa tu neklear,jangan2 nak bezakan bau belacan dengan budu pun x tau,nak bercercakap pasal nuklear..PERCAYALAH KEPADA PAKAR BUKAN PKR

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps