Open tender CAT makan diri Guan Eng , SPICE pulak nak dilondehkan !

on Tuesday, February 21, 2012 by Pejuang Bangsa
 - No Comments



Belum pun habis Guan Eng pening menjawab asakan dan desakan oleh Datuk Zainal Abidin Osman mengenai skandal penjualan tanah Bayan Mutiara kepada Ivory Properties ,  BN P.Pinang menerusi Dr Teng Hock Nan mahu ketua regim DAP yang kuat putar belit  ini menjawab pulak tentang projek pembinaan 1,500 unit rumah yang akan dibina melalui SPICE samada dilakuan melalui sistem tender terbuka atau rundingan !!

Satu persatu projek2 mega kerajaan regim DAP dipersoalkan ketelusannya kerana banyak persoalan tidak dijawab Guan Eng  .

Kenyataan Guan Eng semasa awal memerintah negeri ini  pada 2008   mendakwa negerinya mengamalkan open tender /tender terbuka dalam semua projek , tetapi sejak akhir-akhirnya nampaknya  sudah bertukar kepada rundingan dengan beliau  sepertimana  penjualan tanah Bayan Mutiara yang   didedahkan Datuk Zainal .

Apakah  " Open Tender ala CAT   " sedang makan diri sikit-sikit ketua regim DAP ini ?  Lu cakap nak bikin open tender ,tapi lu sendiri tak bikin ...apa mau cerita lagi ?? ...Cakap tak serupa bikin la !!





Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjelaskan sama ada kebenaran yang diberikan kepada pemaju untuk melaksanakan projek pembinaan 1,500 unit rumah dalam projek SPICE dilakukan melalui sistem tender terbuka.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, penjelasan itu penting kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang selama ini sering melaungkan prinsip ketelusan dalam pentadbirannya.


“Rakyat perlu tahu sama ada kebenaran yang diberikan kepada pemaju untuk membina rumah dalam projek pembinaan pusat konvensyen dan pameran antarabangsa bawah tanah yang dikenali sebagai SPICE itu dilakukan melalui sistem tender terbuka atau rundingan.


“Projek yang membabitkan kos RM300 juta di atas tapak Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) membabitkan kepentingan rakyat negeri ini, jadi rakyat perlu tahu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Turut hadir, Ketua Penerangan BN negeri, Datuk. Dr. Loga Balan Mohan dan Setiausaha BN negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.


Perjanjian Konsesi SPICE ditandatangani oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan pemaju, Eco Meridian Sdn. Bhd., anak syarikat SP Setia Berhad pada tahun lepas.


Namun, pembinaan SPICE dikatakan hanya akan memberi kelebihan kepada pemaju menerusi pelbagai keistimewaan serta menyebabkan hasil yang sepatutnya dinikmati rakyat negeri ini hilang begitu sahaja. - UTUSAN


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps