Nik Aziz dah mengamuk kat Anwar,tarik balik kenyataan atau saman WSJ

on Monday, February 13, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Nik Aziz dalam kenyataan nya berkata selaku Mursyidul Am PAS dan dengan persetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.

"Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau," kata Nik Aziz.

Anwar dalam satu temubual dengan akhbar Wall Street Journal pada 26 Januari berkata beliau menyokong penuh usaha menjaga keselamatan Israel sebagai sebuah negara.

"Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin," Kata-kata Anwar yang dipetik oleh Wall Street Journal.

Kenyataan Anwar itu dilihat banyak pihak sebagai usaha nak 'please' Amerika Syarikat dan sekutunya bagi membolehkan Anwar jadi Perdana Menteri. Cakap-cakap dikalangan penyokong Anwar sebelum ini kata, tanpa sokongan Amerika tidak akan berlaku perubahan kerajaan di Malaysia.

Bagaimanapun reaksi orang ramai terhadap pendirian Anwar itu mungkin menyebabkan PAS terpaksa membuat pendirian yang lebih tegas dalam isu tersebut.

Menyokong Israel bagi PAS selama ini adalah satu dosa besar, dan kata Nik Aziz dalam kenyataannya, PAS mengulangi pendirian sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan
gerakan Islam antarabangsa.

PAS menurut Menteri Besar Kelantan itu, menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

"Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia," katanya.

Mengulas lanjut, kata Nik Aziz, wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.

"Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis," katanya.

Menurut beliau, keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman.

"Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini," katanya.-

13/2/2012 AGENDA DAILY


4 Responses

  1. minta link blog saya di blog tuan

  2. Anonymous says:

    Laa... dia baru baca paper ke? Itulah asyik baca Harakah jer.. Berita Ubat Kuat banyak ler!

  3. Anonymous says:

    Lama gak Nik Aziz ni berfikir, baru keluar kenyataan ni...

  4. Anonymous says:

    Apa lagi la mainan politik pembangkang nie...Anwar memang doh rasa tersalah cakap..lepas nie tak mustahil dia akan menarik balik kata-katanya atau menyaman WSJ tp pada hakikatnya beliau memang menyokong tindakan israil.

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.