Mengapa Guan Eng nak pindah kes saman RM30juta ke Mahkamah Tinggi PP ?

on Tuesday, February 21, 2012 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



– Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan memfailkan permohonan rasmi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar kes saman malu RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap beliau dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk dibicarakan.

Peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Zainal Abidin memberitahu pemberita, pihaknya akan mengemukakan bantahan kepada permohonan yang bakal dikemukakan oleh Guan Eng itu.

Saman itu berhubung kenyataan Guan Eng mengaitkan UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan 20 Mac ini untuk pengurusan kes saman tersebut.
Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan 2 hingga 6 April untuk perbicaraan kes saman tersebut.

Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lalu, Guan Eng telah menerbitkan kenyataan akhbar melalui emel yang kemudiannya disiarkan di dalam akhbar Keadilan Daily pada 3 Julai dan di dalam akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu. – UTUSAN



Komen GPB

Apa istimewanya   Mahkamah Tinggi PP hingga mahu pindahkan kes samannya oleh Datuk Zainal sebanyak  RM 30 juta   dari KL ke sini ?

Mengapa takut dibicarakan kes ini di  KL ??  Sebab nak jimat  bayar tol atau flight tiket ulang -alik ke Mahkamah ke ?? hahaha ...

Sebabnya ialah  Mahkamah Tinggi P.Pinang ini juga pernah   menangkan Guan Eng dalam kes samannya terhadap Utusan Malaysia pada Disember 2011 lalu . KLIK DI SINI 


One Response

  1. Anonymous says:

    Sudah beli itu hakim di penang, mau menang bah....

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps