..

..

Lynas: Dr Che Rosli malukan lagi Fuziah Reaktor & Himpunan Hijau ..

on Saturday, February 25, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Ahli Parlimen Pas Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, tetap dengan pendiriannya bahawa tapak loji memproses nadir bumi Lynas di Gebeng , Pahang adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.

Beliau yang tidak menyetujui pendirian parti berkenaan berhubung isu Lynas, Ogos lalu berkata, beliau tetap dengan pendiriannya berdasarkan fakta dari sudut pandangan akademik.

"Ia adalah loji yang mengeluarkan nadir bumi, bukan loji nuklear...terpulang kepada penduduk Kuantan untuk memikirkannya..Ia adalah selamat dengan pemantauan," katanya ringkas apabila ditanya mengenai Himpunan Hijau 2.0 dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Beliau, yang juga berkelayakan sebagai seorang saintis nuklear bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau tidak akan hadir pada perhimpunan itu kerana terpaksa berurusan dengan hal keluarga di Perlis.

"Sesiapa sahaja dari Pas Selangor yang menyokong (himpunan), tiada masalah. ..Malah ada delegasi dari cawangan Pas Hulu Langat," katanya lagi.

Che Rosli, pada 24 Ogos lalu dilaporkan sebagai berkata oleh sebuah stesyen televiseyen arus perdana bahawa beliau berasa 'malu' ahi parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, yang juga naib presiden Parti Keadilan rakyat (PKR) telah mengelirukan rakyat untuk kepentingan diri sendiri dengan menentang projek bernilai RM700 juta terbabit.

Kenyataannya dibidas oleh Fuziah yang menyifatkan alasannya untuk menyokong projek tersebut sebagai terlalu 'mudah'.

Che Rosli kemudiannya menjelaskan bahawa kenyataan tersebut dibuat atas kapasitinya sebagai saintis nuklear dan bukan sebagai wakil kepada parti. AP 


Komen GPB 

HIMPUNAN HIJAU 2.0 adalah helah PKR untuk alihkan perhatian isu Anwar sokong Israel ... walhal sudah tiada isu pun Lynas ini yang dijamin selamat . 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    PAS, PAS nilah jadinyer kalau banyak sangat pakar....contoh yang aku tak tahan
    1. Isu Lynas - pakar nuklier yng betul tak boleh diterima pandanganya sebab ada banyak lagi pakar2 yang pasang siap.
    2, Isu kalimah Allah - yang jadi juara YB Khalid Samad - apa kelayakan agamnyer? dimana perginya ulama2, ahli syura.....mana pandangan mereka?

    Itu belum lagi kes2 kecil......bye2 PAS

  2. Anonymous says:

    selamat tinggal pas..umno kini aku dtg..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.