Luahan hati anak muda penyokong IMR yang wajib dibaca !!

on Friday, February 3, 2012 by Pejuang Bangsa
 - 3 Comments







GPB teruja dengan komen anak muda yang tidak berparti tetapi kini merupakan  penyokong kuat IMR melalui JATI dipelopori Dr Hassan Ali .  


Semangat keberanian yang harus ada pada setiap anak muda Melayu pendokong IMR ..






1.Jiwa kami kosong,jiwa kami lembut, kami jauh tersesat kerana dunia.


2.Kami memerlukan IMR..IMR adalah jalan untuk kami bahagia dunia dan akhirat.


3.Siapa boleh bantu kami??PAS adalah parti check and balance kerajaan UMNO ketika dahulu dari aspek agama dan kerohanian.


4.sekarang macam mana???adakah mereka didalam PAS lebih sesat dari UMNO???


5.Biarlah UMNO memerintah.Kita hidupkan Jati dengan teras IMR dan pilihkan imej dan dasar PAS.Biarlah PAS tidak duduk dalam pakatan, biarlah PAS tidak perintah negara asalkan jangan jiwa kami kosong.asalakan jangan kami jauh dari IMR tanpa ada check and balance seperti ketika zaman kegemilangan pembangkang PAS.


6.Melalui JATi dengan teras IMR pulihkan PAS sebagai parti tonggak Agama Islam,melayu dan Raja.


7.Kuatkan saf dan naikan martabat.apabila kuat kita demand UNDI antara UMNO dengan PAS memerintah negara tak kira siapa harus bertunjangkan IMR..


8.Kami tidak mahu generasi kami terus kosong hingga kiamat kerana kecelaruan politik sehingga agama islam,melayu dan raja di pinggirkan tidak kira UMNO mahupun PAS.


9.PKR dan DAP memang terang boleh menghancurkan negara hanya kerana mengejar tampuk kuasa pemerintahan.ini bahaya bagi kita yang beragama islam dan berbangsa melayu.


10.IMR..IMR..IMR..jangan biarkan seluruh umat jiwa kosong..semakin jauh semakin liberal..


11.Aku rasa inilah yang ramai mencari---suntikan emosi bagi kembalikan kita kejalan yang lebih diredai Allah.


12.Sehingga setakat ini dan yang terkini hanya sebahagian UMNO,sebahagian PAS dan mungkin gerakan JATI ini akan dapat memulihkan imej Islam,melayu dan Raja..


13.kembalilah..tidak kira UMNO,PAS dan sebahagian PKR mengerakkan JATI demi IMR..buanglah ketaksuban POLITIK demi IMR untuk generasi akan datang.


14.UMNO juga kini dilihat terpaksa mengikut rentak PKR sehingga boleh membawa kita semakin jauh dan kosong.PAS tidak lagi mampu menjadi check and balance untuk kerajaan dalam aspek kerohanian dan Islam,melayu dan raja..PKR mengheret lagi jauh dan sesat..


15.bantulah kami dan percaya ramai yang memerlukan pengisian kedalam JIWA.kami benar-benar kosong dan kecewa dengan situasi politik kini yang menejaskan keharmonian agama,bangsa dan nagara.


16.kami yang sentiasa menyokong perkara yang baik demi IMR dan membanteras gejala kerosakan.Kami yang berkecuali,diatas pagar, mungkin pejuang-pejuang dasar-dasar Islam didalam PAS, dasar-dasar bangsa didalam UMNO dan keadilan didalam PKR amat memerlukan jalan tengah menyalakan api obor kebangkitan institusi Agama,Bangsa dan Negara demi untuk tidak terus tersesat jauh sehingga kami mati kelak atau kimat tiba.


17.sesungguhnya kami amat takut, sesunguhnya dari riak muka Dr.Hassan ali adalah ketakutan dibalik keberanian..semunya demi IMR..mungkin pengorbanan nyawa,maruah,penghinaaan boleh menjadi galang gantinya.


18.Mohon pada Allah semoga ini dijauhkan dan dipermudahkan demi Agamanya, bangsanya dan tampuk pemerintahanya.


19.Doakanlah..


anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa


3 Responses

  1. DENORISH says:

    Sepatutnya kita orang melayu dah lama perlu mempunyai semangat begini, kita telah tertipu dengan keangkuhan manusia yang mementingkan diri sehingga sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama, kita semakin berpecah dan kesempatan inilah yang telah diambil oleh mereka yang mempunyai kepentingan,kita lupa dengan perumpamaan bersatu kita teguh bercerai kita roboh.Ayuh bangsaku kembali kepada saf dan luruskan hati dan jiwa kita dengan kalimah Lailaahaillallah. Allah maha besar semoga dengan doa dan keimanan kita akan terpelihara Negara ini dari malapetaka seperti yang terjadi dibeberapa buah negara sebelum ini.

  2. Anonymous says:

    Kepada anak2 muda yang layak....anda MESTI mendaftar sebagai pengundi dulu kalau tidak anda kalah sebelum berjuang....

  3. Anonymous says:

    IMR..Instituit Medical Research..buat kajian mengenai nyamok dan parasite...yg berkeliaran di negara kita ni,Yang bawak penyakit yanmg bawak sengsara. Kuatkan IMR supaya rakyat sehat!!!

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps