Ku Nan berang Guan Eng tuduh UMNO dalang kekecohan di Pdg Kota !

on Wednesday, February 29, 2012 by Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor 'angin satu badan' dengan puak-puak pembangkang yang bila ada 'problem' salahkan UMNO dan Barisan Nasional.
Beliau yang lebih mesra dipanggil Ku Nan berkata, UMNO dan BN sering ditunding jari atas masalah atau kesulitan yang dihadapi oleh PAS, PKR dan DAP.

Menurutnya BN dan UMNO merupakan pertubuhan politik yang berlandaskan prinsip perjuangan yang betul dan tidak melakukan pelbagai perkara yang dituduh oleh pakatan pembangkang.

"Ini memang sengaja diada-adakan untuk menunjukkan kononnya BN dan UMNO adalah pertubuhan yang tidak baik," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kononnya UMNO dan Perkasa bertanggungjawab terhadap kekacauan yang berlaku semasa Perhimpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang Ahad lepas.

"Mereka ini tak habis-habis nak salahkan kita.

Kekecohan ketika ceramah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) di Sembrong pun dia tuduh kita. Orang kena tangkap khalwat pun salahkan kita. Semuanya nak salahkan kita. Apa kena mengena semua itu dengan kita?," katanya.


One Response

  1. Pakatan mmg suka buat fitnah.. X heran...

    NURUL IZZAH SESAT DI LEMBAH PANTAI PART I. Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps