Tun M sentiasa dibelakang menyokong Najib menjaga ekonomi negara
GPB yakin juak-juak Pakatan terutama ketua regim DAP Guan Eng yang sering melabel negara akan muflis jika BN terus memerintah akan terkejut & malu besar bila defisit fiskal negara untuk 2011 telah menurun sebanyak 5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 5.6 peratus yang dicatatkan pada tahun 2010 !
Ternyata laungan & tuduhan bahawa negara Malaysia akan muflis seperti Greek oleh pembangkang merupakan satu pembohongan besar dan kerajaan BN tidak menghiraukannya dan terus membuktikan mampu menangani & menguruskan ekonomi negara dengan berhemah .
Biar rakyat menilai yang mana satu yang benar , pembangkang hanya pandai bercakap di sidang media & pentas ceramah tetapi kerajaan BN menggunakan FAKTA dan ANGKA untuk menjawab segala -galanya.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, penurunan itu melebihi jangkaan Kerajaan dalam pembentangan Bajet 2011 iaitu sebanyak 5.4 peratus.
“Pencapaian ini berikutan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan yang lebih kukuh dimana hasil Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak 16.1 peratus kepada RM185.4 bilion pada tahun 2011 berbanding RM159.7 bilion pada tahun 2010.
“Peningkatan hasil ini ekoran pertambahan kutipan cukai langsung sebanyak 29.4 peratus kepada RM102.2 bilion (2010: RM79.0 bilion) oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang merupakan kutipan tertinggi pernah direkodkan oleh agensi tersebut,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Ahmad Husni seterusnya berkata, peningkatan itu juga hasil kutipan cukai tidak langsung oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) yang turut mencatatkan pertambahan sebanyak tujuh peratus kepada RM32.6 bilion (2010: RM30.5 bilion) manakala hasil bukan cukai meningkat sebanyak 0.8 peratus kepada RM50.5 bilion (2010: RM50.1 bilion).
Malah, katanya, ekonomi negara terus kukuh dengan kadar Pertumbuhan KDNK sebanyak 5.1 peratus untuk tahun 2011 walaupun negara berhadapan persekitaran luar yang tidak menentu.
“Pencapaian ini menepati sasaran rasmi kerajaan antara 5.0 peratus hingga 5.5 peratus dan melebihi unjuran Badan-badan Antarabangsa seperti IMF dan Bank Dunia,” katanya lagi.KLIK DI SINI
Adakah penurunan defisit fiskal ini pembangkang nak kata Najib bohong ??
Ini merupakan fakta bukan auta !






