Guan Eng menipu ketika menjawab persoalan skandal Bayan Mutiara ?

on Friday, February 24, 2012 by Pejuang Bangsa
 - No Comments




Apa lagi yang Guan Eng nak bohong atau sembunyikan tentang skandal RM 10Billion penjualan tanah Bayan Mutiara kepada Ivory ? Di mana open tender yang didakwa Guan Eng walhal bukti yang dikemukakan Datuk Zainal  melalui surat pemohonan syarikat berkenaan  kepada Bursa Saham untuk membangunkan tanah berkenaan  sudah terbukti berlaku rundingan terus antara pemaju Ivory dengan  CMI dan PDC .

Tak kan sebuah syarikat besar seperti Ivory nak menipu pulak  dalam surat mereka kepada Bursa Saham dan sudah tentu lah pemegang2 saham  itu nak tahu tentang perkembangan terbaru  projek  syarikat terbabit.

Guan Eng tak perlu lagi nak guna skill lidah biawaknya menipu rakyat ,  cerita jual tanah Bayan Mutiara dengan harga murah sudah buka mata rakyat disebabkan beliau tidak menjawab dengan fakta dan secara teknikal .


Ketua Menteri , Lim Guan Eng didesak supaya tidak terus berdolak-dalik menjawab persoalan berkaitan isu tanah Bayan Mutiara seperti dikemukakan Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang.


Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Guan Eng perlu bersikap gentleman untuk menjawab 25 soalan yang dikemukakan melalui twitter beliau mengenai tindakan kerajaan negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara dengan harga RM1.1 bilion yang didakwa tidak dilakukan secara tender terbuka.


Menurutnya, selepas tiga minggu, Guan Eng hanya menjawab lima daripada soalan-soalan terbabit namun ia dijawab secara berbelit-belit serta tidak menjawab persoalan utama yang dikemukakan.


"Saya harap Guan Eng lebih gentleman dan terbuka untuk menjawab 25 soalan yang kami kemukakan melalui twitter serta surat dan bukannya memberi jawapan yang berbelit-belit serta merendahkan martabat orang lain.


"Lain soalan yang ditanya lain pula jawapannya malah beliau mendakwa saya tak faham bahasa Inggeris, minta saya letak jawatan serta menyindir UMNO supaya membeli tanah itu sekiranya tidak setuju dengan harga yang ditetapkan," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan projek perumahan Seri Putra di Permatang Tok Mahat di sini hari ini.


Isu tanah Bayan Mutiara timbul apabila tanah tebus guna yang luas itu tidak dimajukan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang merupakan pemilik tanah itu.


Tanah itu kemudiannya dijual kepada syarikat swasta untuk dibangunkan sedangkan PDC mempunyai kepakaran serta pengalaman dan telah menjalankan banyak projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.


Tambah Zainal Abidin, pihaknya memiliki bukti bahawa tanah terbabit dijual secara rundingan terus dan bukannya tender terbuka seperti dilaporkan kepada Bursa Malaysia.


Selain itu, katanya, laporan itu juga menyebut tanah itu dibeli selepas syarikat terbabit mengadakan rundingan bersama pihak Ketua Menteri Diperbadankan (CMI) dan PDC.


"Cara tender terbabit diiklankan juga menimbulkan kekeliruan kerana ia cuma dikeluarkan di dalam akhbar The Edge dan bukan akhbar utama lain," katanya.


"Saya sedia berdebat dengan Guan Eng mengenai isu tanah ini tapi dengan syarat beliau menjawab semua soalan yang diberikan terlebih dahulu kerana saya yakin di pihak yang benar," ujarnya-utusan


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps