Cek gergasi CAT RM 500 juta bina rumah mampu milik ini ada duit ka ?

on Tuesday, February 21, 2012 by Pejuang Bangsa
 - No Comments

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukan RM500 juta dana pusingan bagi membina rumah mampu milik di negeri berkanaan, kata ketua menterinya Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.


Dengan dana pusingan RM500 juta itu, Guan Eng berkata, kerajaan negeri merancang untuk membangunan 15,000 unit rumah mampu milik berharga antara RM72,000 hingga RM220,000 seunit di tanah seluas 200 ekar atas nama Bandar Batu Kawan.KLIK DI SINI



Ini merupakannya kenyataan Guan Eng yang jelas bohong sama sekali. Rakyat  terutama penyokong tegar Pakatan  ini  bila melihat cek besar ini tentu bangga la pemimpin mereka berjiwa rakyat kerana telah beri fund duit untuk bina rumah mampu milik di negeri ini .

Ketika sidang media semasa penjualan tanah di Bayan Mutiara kepada Ivory , beliau mendakwa
duit RM500 juta tu diperoleh dari projek Bayan Mutiara. KLIK DI SINI

Hasil penjualan tanah ini, sejumlah RM500 juta akan diketepikan (diperuntukan) khusus bagi tujuan dana pusingan pembinaan rumah mampu milik di pulau dan Seberang Perai," ujar beliau di Bangunan PDC, Bayan Lepas.


Benarkah duit RM 500 juta telah masuk ke akaun kerajaan negeri PP untuk bina rumah mampu milik ?


Menurut info dari  blog Bidaman , sehingga sekarang ini   'downpayment' yang dibuat oleh Ivory Tower hanyalah sebanyak 2% iaitu RM22 juta. masih tertunggu-tunggu lagi 8% punya bayaran baki. Dari RM22 juta tu , RM 6.75 juta dah diambil utk di bayar pada Konsultan dari Singapore untuk projek rumah kos rendah di Batu Kawan  .

orang cina pun kena kencing dgn ketua regim DAP ini 

Selain itu , berdasarkan kepada  terma-terma kontrak, PDC hanya dijadualkan untuk menerima RM500 juta dua tahun selepas menandatangani perjanjian jual beli.

Lebih pembohong lagi, pembayaran pertama sebanyak RM109 juta sehingga saat ini masih belum dibayar walaupun telah diberi penangguhan sebanyak dua kali melibatkan masa selama enam bulan! KLIK DI SINi

Malah jika kita pergi sendiri di kawasan projek berkenaan ( berhampiran stadium  & Jambatan Kedua PP)  yang didakwa Guan Eng mahu bina banyak rumah itu , sebenarnya belum buat apa-apa pun lagi.

Ketua regim DAP kantoi bohong lagi kepada rakyatnya .......hahaha


Leave a Reply

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps